Sunday, 9 October 2016

Mengapa bicara aku pada puisi?

aku khabarkan cerita juga berita
tidak aku karang berjela jela
sekadar sebaris dua aku coret

cerita dari hati
cerita dari mata

puisi itu merpati
bawa cerita bawa rahsia

puisi itu aku pilih
agar dapat aku kongsi
tanpa perlu aku ....................

Friday, 15 July 2016

Hari aku raya

Salam semua readers pena insan biasa.
belum terlambat aku ucapkan selamat hari raya.
aku mohon maaf andai tulisan aku ada yang terguris atau tersinggung.

guys, aku ada projek baik untuk pembaca blog ini.
tunggu ya, nanti aku announce,,,,
mungkin this week or next week......

aku raya kau raya dia raya
semua raya
tapi tak semua pemenang

Tuesday, 28 June 2016

PUISI :26 JUN 2016

PUISI :26 JUN 2016

aku tahu bicaranya tajam
aku tahu hatiku masih berdarah
robek renyuk bagai gumpalan sampah

kendati aku balas,
apa aku dapat segunung emas?

dada aku sempit
hati hilang senang

nafas aku tarik sedalam lautan hindi
mata aku tutup
aku berbicara
aku berbicara dengan aku
aku memujuk aku

nafas aku hembus
aku lupakan bicaranya
biarkan dia sahaja begitu
tidak mahu aku menumpang tenggek bersamanya

Tuhan, terima kasih.


Sunday, 26 June 2016

PUISI: 25 Jun 2016

PUISI: 25 Jun 2016

bicaranya tajam,
pisau bukan lawannya,
sembilu dipandang sebelah mata.

egonya tinggi,
langit ke lapan cecahnya,
bumi tidak dipijaknya.

aku diam.
aku diam.
aku diam.

tidak mahu aku menumpang bertenggek.
biar aku di bawah, membelai rumput hijau.

aku ada Tuhan,
Aku tidak kunci lidahku denganNya.

Tuhan, aku tahu Engkau Maha Mendengar.

Thursday, 16 June 2016

Salam Ramadhan

Salam semua,
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ni,
dah 1/3 Ramadhan.

Makan jangan tamak, bukannya kita kebulur setahun.
Jangan kedekut, hak orang lain ada dalam dompet kita.
Baju raya perlu ada, tapi jangan nipis ketat.

Kenapa hari ni membebel?
Entah, mungkin sebab aku dah tua.

Monday, 6 June 2016

16 MEI 2016

Apa ada dengan 16 Mei 2016?

Hari guru!
takkan boleh lupa?
walau sudah lama tak pakai baju putih seluar hijau,
aku masih ingat tarikh keramat itu.

Tahun ini, rasa dia lain.
sebelum ini, aku yang selalu wish namun kali ini aku pula yang diwishkan.
(maaf, bahasa saya rojakkan, kalau cg BM aku baca, memang kena luku aku ni.)

YES!
I had weird feeling and still having it.

Aku tak pernah sangka akan jadi seorang pendidik bangsa.
Belajar lain, kerja lain.
Itulah takdir.

tahun ni, aku rasa janggal bila students aku wish selamat hari guru kat aku.
hidup ini penuh kejutan, isn't it?

Juga, aku tak pernah lupa cikgu aku walaupun sekarang aku telah bergelar cikgu.
tanpa cikgu, tak mungkin aku jadi cikgu.

Sempena hari guru baru-baru ni,
aku keluar lunch dengan cikgu aku.
cikgu yang paling rapat dengan aku.

banyak kami borakkan.
hampir 3 tahun x berjumpa, sekadar call dan msg sahaja.

apa yang dapat aku kongsikan dari perbualan kami:
1. budak sekarang bukan macam budak dulu.
2. cikgu sekarang hanya dianggap sebagai profession, bukan lagi pendidik anak bangsa.
3. jadi cikgu kena ikhlas, bukan sebab nak hidup selesa

RASA: AKU SIMPAN

RASA: AKU SIMPAN

Aku manusia
aku punya rasa

ia muncul
ia pergi

aku cuma diam
tidak pernah aku menyapa ia
tidak pernah aku menyentuh ia

rasa, aku simpan ia

tidak mungkin aku lepaskan
tidak pula aku terjemahkan

rasa, aku simpan ia

tiba masa,
aku akan kejar rasa itu.

sekarang?
biarkan aku simpan sahaja.