Salam buat pembaca blog ini. Buku yang aku ingin kupas hari ini adalah karya saudara Amin Idris. Siapa tidak kenal saudara Amin Idris? Seorang pengacara yang petah dalam berbicara juga pakar motivasi yang terkenal.
Buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ini adalah buku yang mengajak dan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya.
Buku ini mengetengahkan dan mengupas pelbagai formula untuk menjadi seorang yang berpengaruh.
Buku ini juga mengupas sifir 'INFLUENCER' yang dibicarakan oleh John C. Maxwell dalam buku beliau: Becoming a Person of Influence
I: Integrity with people
N: Nurtures other people
F: Faith in people
L: Listen to people
U: Understands people
E: Enlarges people
N: Navigates for other people
C: Connects with people
E: Empowers people
R: Reproduces other influences
Banyak lagi isu dan formula menarik yang dikupas dalam buku ini. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Ingin menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya? Dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan.
Showing posts with label BUKU TINTA. Show all posts
Showing posts with label BUKU TINTA. Show all posts
Saturday, 31 December 2016
Wednesday, 27 April 2016
Catatan Matlutfi
Salam semua readers, semoga kita semua dirahmatiNya. Sudah lama aku tak ulas atau kupas buku, macam kupas bawang pula kan. Namun, tak bermakna aku tidak membaca. kalau Baca itu NOUN untuk PEOPLE, bukan VERB, sudah lama aku jadikan Baca itu isteri aku.
Kali ini aku ingin kupas buku dari Youtuber terkenal Malaysia juga Nusantara. Sebelum itu, aku ingin ucapkan selamat pengantin baru buat Mat Lutfi, semoga bahagia dunia akhirat. Agak2, Mat Lutfi baca x blog aku ni?
Back to the topic, I read this book a year ago.
This book like his diary.
The most special about this book?
first, the photos in this book are awesome and of course his sarcasm is really on top of the world.
Banyak gelak, sengih sorang2 bila baca buku ni.
But, dalam gelak, ada tusukan kat jiwa.
Aku anggap itu dakwah dalam penulisan.
Banyak ilmu aku dapat.
So, please get this book as soon as you can.
aku janji, buku ni takkan kecewakan korang semua.
kalau buku x best, xkan aku nak bazirkan masa aku nak taip pasal buku ni? bukannya aku dapat komisen pun.
Mat Lutfi, terima kasih sebab hadiahkan kami buku ni. Hang memang sempoi.
| Ini Cover buku beliau.... ak pinjam dari pak cik Google |
Thursday, 24 April 2014
ULU YAM DI LIVERPOOL
Alhamdulillah.
Semalam aku berjaya habiskan buku Ulu Yam di Liverpool.
Buku ini aku pinjam dari member aku.
Aku sering dengar tentang buku ini, cuma tidak pula terasa ingin membacanya.
Hati aku bertambah lonjak nak membacanya apabila aku dapat tahu buku ini menduduki takhta tertinggi di rangking kedai buku. Rangkingnya bertahan lama. Ketika aku menulis ini, buku ini masih berada di rangking 10 terlaris di beberapa kedai buku. Aku menjadi tertarik untuk membaca buku ini dan mengetahui dengan jelas kenapa buku ini menjadi 1 fenomena terutamanya dalam kalangan pembaca LELAKI.
Kebetulan member aku menghulurkan buku ini kepada aku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.
Baiklah, biar aku bercerita sedikit tentang isi kandungan buku ini. Buku ini tentang anak kampung yang mempunyai impian besar. Impian yang sangat besar. Budak kampung ini sering ditertawakan kerana impiannya tidak masuk akal. Namun, semangatnya tidak pernah pudar. Walau kadang-kadang hampir mengalah, beliau tetap bangkit kerana mendapat sokongan mak dan ayah. Beliau terus mengejar impian tanpa membiarkan 'pencuri impian' mencuri impiannya. Kata-kata sinis membakar semangatnya. Jalan menuju ke puncak bukan senang. Bermacam halangan dan ujian. Namun dia percaya kepada kuasa Allah. Dia percaya dia mampu. Akhirnya, impian dia tercapai. Malah, dia mendapat ganjaran lain berlipat ganda. Itulah hasil dari sabar, usaha dan doa. Hari ini, dia telah berjaya mencantas kata-kata sinis yang memperlekehkan impiannya. Apa impiannya? Dapatkan buku ini di pasaran.
Buku ini memberi inspirasi dan motivasi kepada aku. Tidak salah to have a big big big dream. Let them laugh at you. Jika orang kata kita gila, bermakna impian kita adalah luar biasa. Hidup kita singkat. Ayuh jadi orang luar biasa yang memiliki impian luar biasa. Buku ini banyak sangat memaparkan elemen kekeluargaan. Pengorbanan ibu dan ayah untuk anak-anaknya.
Semalam aku berjaya habiskan buku Ulu Yam di Liverpool.
Buku ini aku pinjam dari member aku.
Aku sering dengar tentang buku ini, cuma tidak pula terasa ingin membacanya.
Hati aku bertambah lonjak nak membacanya apabila aku dapat tahu buku ini menduduki takhta tertinggi di rangking kedai buku. Rangkingnya bertahan lama. Ketika aku menulis ini, buku ini masih berada di rangking 10 terlaris di beberapa kedai buku. Aku menjadi tertarik untuk membaca buku ini dan mengetahui dengan jelas kenapa buku ini menjadi 1 fenomena terutamanya dalam kalangan pembaca LELAKI.
Kebetulan member aku menghulurkan buku ini kepada aku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.
Baiklah, biar aku bercerita sedikit tentang isi kandungan buku ini. Buku ini tentang anak kampung yang mempunyai impian besar. Impian yang sangat besar. Budak kampung ini sering ditertawakan kerana impiannya tidak masuk akal. Namun, semangatnya tidak pernah pudar. Walau kadang-kadang hampir mengalah, beliau tetap bangkit kerana mendapat sokongan mak dan ayah. Beliau terus mengejar impian tanpa membiarkan 'pencuri impian' mencuri impiannya. Kata-kata sinis membakar semangatnya. Jalan menuju ke puncak bukan senang. Bermacam halangan dan ujian. Namun dia percaya kepada kuasa Allah. Dia percaya dia mampu. Akhirnya, impian dia tercapai. Malah, dia mendapat ganjaran lain berlipat ganda. Itulah hasil dari sabar, usaha dan doa. Hari ini, dia telah berjaya mencantas kata-kata sinis yang memperlekehkan impiannya. Apa impiannya? Dapatkan buku ini di pasaran.
![]() |
| aku ambik dari pak cik google gambar ni |
Nikmat memberi. The power of gift. Kita akan berasa bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain. Itu fakta. Itu fitrah.
Paling menarik, seseorang yang sanggup keluar dari zon selesa demi mengejar impiannya.
Sangat banyak isi bernas dalam buku ini. Buku ini KISAH BENAR. Bukan khayalan atau fantasi. Its reality. Budak Ulu Yam ini pun manusia biasa macam kita. Jika dia mampu, kita juga mampu.
Bacalah buku ini. Anda akan dapat rasa keikhlasan dalam buku ini. Bait ayat pasti akan menjentik emosi dan menaikkan semangat anda. Tidak rugi kita membaca. Jadikan kisah ini sebagai pencetus dan pemangkin kejayaan ini. Semoga 10 tahun akan datang, akan terbit 100 buah lagi atau lebih buku seperti ULU YAM DI LIVERPOOL.

Wednesday, 23 April 2014
Tadbir dan Takdir
Tadbirlah kehidupan sebaik mungkin. Yakinlah TADBIR yang baik pasti Allah limpahkan dengan TAKDIR yang indah.
Aku curi ayat kat atas dari buku ULU YAM DI LIVERPOOL karya Nazali Noor. Nanti ada masa, aku ceritakan tentang buku ni. Aku sekarang sedang baca buku ni. Bila dah habis baca, aku akan update tentang buku ni ya.

Monday, 16 September 2013
novel Trilogi Takdir
aku ni memng sgt suka membaca. tapi ak membaca bila ak ada mood shj. kalau time x ada mood, memang ak x pegang buku. kalau baca time x ada mood, bagaikan memaksa mata menari di atas helaian kertas putih. hahaha. mcm berfalsafah pulak ak ni. sebenarnya ak nk citer ttg novel trilogi TAKDIR karya Hilal Asyraf.
3 hari yg lepas ak g shopping kat mydin. time kuar dari surau, mata ak terpandang novel takdir 2 yang dipamerkan di rak kat MPH. ini novel yang ak tunggu2 ni. novel takdir yang pertama telah ak bc. jalan ceritanya sgt menarik n sgt sesuai bg seorang lelaki kerana ia bukan novel cinta seperti kebanyakan novel tetapi ia sebuah novel yang mengisahkan perjuangan dalam menegakkan Islam. ia sebuah novel tarbiah. membacanya bagaikan kita sendiri berada dalam cerita tersebut. satu garapan yang sangat baik. banyak kejutan dalam novel tersebut. adakalanya novel ini membuatkan kita berasa suspen dan ada kalanya membuatkan air mata ini bergenang. nak tau lebih lagi? belilah novel Takdir n hasil karya Hilal Asyraf yg len bcoz he is good in writing. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)