Thursday, 24 April 2014

ULU YAM DI LIVERPOOL

Alhamdulillah.
Semalam aku berjaya habiskan buku Ulu Yam di Liverpool.
Buku ini aku pinjam dari member aku.
Aku sering dengar tentang buku ini, cuma tidak pula terasa ingin membacanya.
Hati aku bertambah lonjak nak membacanya apabila aku dapat tahu buku ini menduduki takhta tertinggi di rangking kedai buku. Rangkingnya bertahan lama. Ketika aku menulis ini, buku ini masih berada di rangking 10 terlaris di beberapa kedai buku. Aku menjadi tertarik untuk membaca buku ini dan mengetahui dengan jelas kenapa buku ini menjadi 1 fenomena terutamanya dalam kalangan pembaca LELAKI.

Kebetulan member aku menghulurkan buku ini kepada aku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.

Baiklah, biar aku bercerita sedikit tentang isi kandungan buku ini. Buku ini tentang anak kampung yang mempunyai impian besar. Impian yang sangat besar. Budak kampung ini sering ditertawakan kerana impiannya tidak masuk akal. Namun, semangatnya tidak pernah pudar. Walau kadang-kadang hampir mengalah, beliau tetap bangkit kerana mendapat sokongan mak dan ayah. Beliau terus mengejar impian tanpa membiarkan 'pencuri impian' mencuri impiannya. Kata-kata sinis membakar semangatnya. Jalan menuju ke puncak bukan senang. Bermacam halangan dan ujian. Namun dia percaya kepada kuasa Allah. Dia percaya dia mampu. Akhirnya, impian dia tercapai. Malah, dia mendapat ganjaran lain berlipat ganda. Itulah hasil dari sabar, usaha dan doa. Hari ini, dia telah berjaya mencantas kata-kata sinis yang memperlekehkan impiannya. Apa impiannya? Dapatkan buku ini di pasaran.

aku ambik dari pak cik google gambar ni


Buku ini memberi inspirasi dan motivasi kepada aku. Tidak salah to have a big big big dream. Let them laugh at you. Jika orang kata kita gila, bermakna impian kita adalah luar biasa. Hidup kita singkat. Ayuh jadi orang luar biasa yang memiliki impian luar biasa. Buku ini banyak sangat memaparkan elemen kekeluargaan. Pengorbanan ibu dan ayah untuk anak-anaknya.

 Nikmat memberi. The power of gift. Kita akan berasa bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain. Itu fakta. Itu fitrah.

Paling menarik, seseorang yang sanggup keluar dari zon selesa demi mengejar impiannya. 

Sangat banyak isi bernas dalam buku ini. Buku ini KISAH BENAR. Bukan khayalan atau fantasi. Its reality. Budak Ulu Yam ini pun manusia biasa macam kita. Jika dia mampu, kita juga mampu.

Bacalah buku ini. Anda akan dapat rasa keikhlasan dalam buku ini. Bait ayat pasti akan menjentik emosi dan menaikkan semangat anda. Tidak rugi kita membaca. Jadikan kisah ini sebagai pencetus dan pemangkin kejayaan ini. Semoga 10 tahun akan datang, akan terbit 100 buah lagi atau lebih buku seperti ULU YAM DI LIVERPOOL.







No comments:

Post a Comment