Saturday, 17 May 2014

PUISI SEBENTAR TADI

sebentar tadi aku keluar
mengalas perut merawat dahaga
mamak baru di pusat bandar
kali pertama aku rasa

sebentar tadi adalah malam
malam larut tapi terang
lampu neon kalahkan bulan
mentari masih nyenyak beradu

mulut mengunyah mata melilau
kiri kanan aku pandang
lihat gelagat manusia sekarang

seberang jalan kedai melayu
gempita bagai garuda menyerang
muzik nyaring memecah malam
wanita menyanyi bergelek pinggul
pak cik tua menari sakan

aduh dunia!
makin hari makin sakit
tua tapi matang tidak
muda pula tersesat jauh
makin lupa siapa kita
makin hilang sifat hamba

sakit telinga aku dengar
sakit mata aku lihat

aku alih mata ke kanan
lihat pak cik tua tidur di jalan
mana anak? mana saudara?
sanggup biar dia sengsara

kini tanggang bukan dongeng
tanggang sekarang hidup moden
kejar harta tanpa sedar
bagai hidup x kan mati

aku penat mencerna kisah
niat hati ingin pulang
aku lambai dia datang
cakap melayu dia x faham
bukan mat salleh tapi nepal

gigih dia mencari fulus
dari nepal datang ke sini
di mana sahaja ada mereka

mana anak melayu sekarang?
jawapan ada di atas jalan
bunyi nyaring bagai kerikil
memecut laju bagai punya sembilan nyawa

aku penat mengerah otak
cari solusi cari punca

malam ini aku bukan mengalas perut
malam ini aku merentas masa
aku melihat siapa kita 30 tahun akan datang





No comments:

Post a Comment