Wednesday, 10 September 2014

Lagi.....lagi....lagi..... dan lagi......

salam semua.
tajuk entri kali ini agak samar bukan?
lagi, lagi dan lagi?
tajuk entri kali ini sebenarnya menterjemahkan dua benda iaitu USAHA dan JANGAN PUTUS ASA.

sangat bertuah jika pertama kali masuk pertandingan terus menang.
sangat bertuah jika pertama kali berniaga terus untung melambung.

namun,
aku jarang berada dalam kondisi sangat bertuah itu.
hari ini aku ingin kongsikan dua peristiwa atau pengalaman aku yang berkaitan dengan tajuk entri kali ini.

pertama,
aku minat pengucapan awam,
sangat minat.
pengucapan awam merangkumi pidato, syarahan, debat dan sebagainya.
paling aku tidak boleh lupa adalah pertandingan deklamasikan sajak sempena kemerdekaan.
pertandingan ini diadakan setiap tahun.
aku mula sertai pertandingan ini semasa aku di tingkatan dua. cikgu bahasa melayu aku mencadangkan aku menyertainya kerana dia tahu aku sangat suka akan sajak.
namun, aku kalah.
tingkatan tiga aku sertai sekali lagi, juga kalah.
aku sertai lagi masa tingkatan empat, juga kalah.
paling terakhir, aku sertai untuk terakhir kali ketika tingkatan lima.
Alhamdulillah aku juara.
nampak tak?
empat tahun aku sertai pertandingan sajak dan tahun kali ke empat baru aku menang.
aku bukan bertuah, sertai sekali terus menang.
namun aku tidak berputus asa.
selepas setiap kali habis bertanding, aku jumpa juri dan tanya pendapat mereka tentang cara aku deklamasikan sajak.
aku ambil segala pendapat juri dan aku praktikan.
akhirnya, aku berjaya.
ketika diumum juara,
Tuhan saja tahu perasaan aku.
juga,
keesokannya aku dijemput untuk buat persembahan di hadapan semua pelajar.
dalam hati aku berkata: "yang kalah semalam tidak mustahil menjadi juara hari ini".

kedua,
sukan paling aku minat adalah boling.
kawan2 aku semua tahu tentang minat aku ini.
aku mula sentuh bola boling ketika tingkatan empat.
namun,
aku sangat tidak mahir.
ketika aku di melaka,
kawan2 aku ramai yang minat boling.
kami bermain bersama selalu dan juga pastinya kami akan masuk pertandingan.
setiap kali ada pertandingan boling anjuran universiti,
pasti kami masuk.
pertandingan paling best adalah SAF iaitu Sukan Antara Fakulti.
semua orang mesti nak mewakili fakulti, termasuk aku.
sebelum itu,
mesti ada pemilihan untuk wakil fakulti.
dua tahun berturut-turut aku kandas di peringkat pemilihan.
namun,
ketika aku di tahun akhir,
aku berjaya berada dalam kelompok lima terbaik dan aku berjaya mewakili fakulti dalam sukan boling untuk SAF.
sekali lagi,
aku bukan bertuah,
namun aku tidak berputus asa.
tidak dapat tahun ini, tahun depan ada lagi.
cuba dan cuba lagi.
Alhamdulillah,
Allah lihat usaha aku.

konklusinya,
bukan senang kita nak gapai sesuatu impian.
namu,
tidak mustahil untuk kita mengapainya asalkan kita berusaha dan jangan sesekali kita berputus asa.



Sunday, 24 August 2014

teringat zaman itu.......

Salam semua kawan2 alam maya.
saya tidak kenal anda tapi saya tau anda wujud sebab hit saya bertambah.
loklak pulak aku ni, skema tiba2.
hahaha
salam semua.
again, bagi salam, semoga semua sihat sokmo deh.
kebun anggur aku tersangatlah luas.
jauh mata memandang katanya.
hampir dua bulan tamat belajar, In shaa Allah akhir september majlis konvo dan secara rasmi aku tamat degree.

4 TAHUN
empat tahun rasa sekejap sangat.
rasa macam baru semalam aku daftar U, potong barisan masa pendaftaran.
dulu aku rasa macam tak mampu nak habiskan 4 tahun tu,
maklumlah aku kena habiskan praktikal.
mula2 takut nak praktikal, tapi aku bersyukur dapat bos yang baik.
pastu aku kena wat FYP pulak.
risau jugak kalau FYP aku x berjaya.
Alhamdulillah aku menang silver untuk FYP tu.
jujur aku kata, bukan senang belajar kat U ni.
tapi, paling penting jangan mudah putus asa.
percaya pada Allah, keajaiban pasti muncul.

PERSAHABATAN
empat tahun aku bukan sekadar belajar engineering sahaja tetapi aku belajar dan mengenal erti kehidupan. PERSAHABATAN. aku masih ingat, ketika demam, sahabat lah yang jaga aku, bawa pergi klinik, paksa aku makan ubat, belikan aku makanan. yalah, mak ayah kita dok jauh, sahabatlah yang ada.

masa kita down, sahabatlah yang bagi semangat. jadi kaunselor kita.

aku banyak masuk pertandingan ketika di U. debat, pidato. bowling dan banyak lagi. setiap kali bertanding, pasti konco2 kelas aku datang bagi support. depa datang sebagai ultras, bagi sokongan padu. bukan sorang dua datang, tapi hampir 1 kelas, termasuk kaum bukan melayu pun datang support.

bila aku meniaga, kawan2 juga datang bantu, datang jadi customer. kalau barang x laku, kawan2 la yang jadi pembeli terpaksa, tolong aku.

masa dekat exam atau test, sama2 study group. aku ajar kau, kau ajar aku. tiada istilah aku pandai sorang diri.

indahnya ikatan persahabatan.

TIADA RASIS
sampai sekarang, aku masih tidak faham mengapa rasis menjadi satu isu. ketika belajar, kami tidak rasa ada jurang antara kami walau berlainan kaum. kami wat study group, dalam group tu ada cina, india. kami bertukar nota. 

bila ada majlis kelas, semua kaum join. ingat lagi majlis moreh yang kelas aku adakan, kaum cina, india, iban juga join. masa raya haji, kaum cina join kami ziarah rumah kawan2. masa raya cina, kami semua dapat limau. 

kami seronok berkawan dan bergaul dengan beza bangsa. jangan cari titik perbezaan tetapi temuilah titik persamaan.

AKHIR KATA
maafkan aku, aku perasan entri kali ni adalah huru hara, sekejap citer tu, sekejap cite ni. tatabahasa juga lingkup. susah nak gambarkan perasaan rindu ini. rindu zaman belajar. orang pernah cakap, kawan zaman belajar tak sama dengan kawan kerja. jadi, aku sangat rindui zaman belajar. kawan2, kita jumpa masa konvo nanti ya....... ^-^




Thursday, 7 August 2014

Epal Ranum itu.....

Pejam mata dan bayangkan kita dalam sebuah kebun epal yang luas. Tuan punya tanah datang dan menghulurkan dua kotak berwarna coklat bercorak polkadot putih. Kotak pertama dibuka, dalamnya ada sepuluh biji epal yang telah rosak, busuk dan berulat. kotak kedua pula dibuka, dalamnya ada sebiji epal yang masak ranum dan elok rupanya. Yang mana satu pilihan kita?

Jika masih punya akal yang waras, pasti pilihan kita adalah sebiji epal yang ranum dan elok rupanya. Itulah analogi kualiti vs kuantiti. Kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Ini tidak boleh ditidakkan atau dinafikan lagi. Dalam perniagaan, produk berkualiti yang akan menjadi rebutan. Pengguna sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi mendapatkan produk yang berkualiti. Memang benar, yang tidak berjenama tidak semestinya tiada kualiti, namun kebanyakan produk berjenama menawarkan kualiti yang bagus.

Kualiti bukan sahaja dalam dunia perniagaan, malahan dalam kehidupan seharian seperti masa, ibadat, makanan, juga banyak lagi.

Maka, ayuh kita menjadi sebiji epal yang ranum. Bukannya menjadi epal busuk yang berulat.


Monday, 4 August 2014

Salam Lebaran Salam Kemenangan

walaupun hari ini bukan lagi 1 syawal, namun aku tetap nak mengambil kesempatan dalam bulan syawal ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku susun sepuluh jari runcing ini, memohon ampun dan maaf. selagi aku bernama manusia, pasti ada khilaf yang menyapa.

aku ingin kongsikan ceritera 1 syawal. ketika itu aku dan keluarga bersolat hari raya di masjid yang terkenal di negeri aku. sangat meriah dengan baju raya berwarna-warna. biru, hijau, hitam juga pink dan banyak lagi warna lain. ketika khutbah raya, mata aku terpandang seorang kanak-kanak. saat yang lain segak berbaju melayu baru, dia hanya ber't-shirt' dan berseluar track sukan. dia hanya tunduk memandang lantai. aku rasa bagai ditampar. aku yang dewasa ini memakai baju baru tetapi kanak-kanak itu? dalam hati, aku cuba berfikiran luar kotak. mungking baju melayu dia basah? mungkin dia tidak suka pakai baju melayu? mungkin baju melayu dia koyak kena mercun? hakikatnya, ramai lagi yang susah dan tidak senang macam kita. maka, guna lah mata untuk pandang keliling kita. jika tidak mampu memberi, berdoalah pada Tuhan agar hidup mereka berubah.

juga jangan lupa tentang adik, abang kakak juga ayah ibu kita di Gaza. teruskan berdoa untuk mereka.


Sunday, 20 July 2014

terselit onak

mutiara itu cantik,
namun perlu menyelam lautan dalam untuk mengutipnya

madu itu manis,
namun perlu tahan dengan sengatan lebah untuk mengambilnya

pelangi itu indah,
namun hanya hadir selepas hujan dan petir

p/s: tiada jalan singkat atau mudah untuk capai kejayaan. berusaha lah, Allah ada bersama kita. :)


Thursday, 10 July 2014

Maafkan kami, Gaza

PUISI: Maafkan kami, Gaza

adik-adikku di sana,
abang dan kakak di sini memohon maaf,
kami tidak dapat mendakapmu saat kamu ketakutan,
kami tidak dapat menyeka air matamu saat masa riangmu dirampas,
kami tidak dapat menjawab soalanmu saat kamu menyoal di mana ayah? di mana ibu?

ibu dan ayah di sana,
anak-anak di sini memohon maaf,
kami tidak dapat meminjamkan bahu kami untuk dirimu menumpang rasa,
kami di sini leka dengan buaian dunia,
kami lupa punya ayah dan ibu di sana.

Gaza,
maafkan kami,
kami lena bermimpikan fantasi saat tidurmu dihujani resah,
kami hanyut dibuai keseronokan dunia kala rumahmu ranap dipijak musuh,
kami masih leka saat kamu dipijak, diragut, dihenyak rakus sang durjana.

Gaza,
kami itu bukan semua,
masih ada yang peka tentangmu,
masih ada air mata mengenangmu,
masih ada tangan yang menghulur bersama merasa,
masih ada punya tangan menadah meminta dari Tuhan.

Gaza,
berat mata di sini memandang,
berat lagi bahu di sana memikul,
setiap sujud pasti namamu ada.


Wednesday, 2 July 2014

RISIKO

jangan ditanya tajamnya tanduk
andai tidak mahu disodok