Monday, 23 September 2013

di atas nama cinta pada yang selayakNya

usai subuh, aku membelek muka buku. sekilas terpandang post seseorang tentang lagu atas nama cinta oleh UNIC. sebuah lagu yang mengajak kita meletakkan rasa cinta kepada yang layak iaitu Allah. kita enak diulit cinta dunia sehingga kita lupa kepada cinta hakiki. 

aku sertakan bingkisan lirik lagu tersebut


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


dalam lirik lagu ini, aku highlight kan rangkap kedua terakhir. rangkap tersebut sangat menarik. biar sendiri hingga hujung nyawa asal tak sepi dari kasihNya. kita sanggup membeli mekap yang mahal untuk menagih cinta manusia. kita sanggup berkorban apa sahaja demi seorang manusia. namun kita lupa bahawa kita mempunya kekasih Yang Maha Agung yang sentiasa mencintai kita. ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi menagih kasih manusia sehingga lupa kepada cinta hakiki. untung kepada sesiapa yang mendapat kasihNya kerana dia tidak akan pernah akan rasa sepi walau di mata kasar dia nampak sendiri. sedangkan dia tengah bahagia melayari cinta bersamaNya. cintaNya sudah cukup membuatkan kita bahagia dunia akhirat. buat apa kita bahagia dengan kekasih yang tidak halal, melakukan maksiat tetapi kita sepi dari cintaNya. 
semoga kita mendapat cintaNya. bahagialah duni akhirat andai kita mendapat cintaNya.

aku sertakan juga video lagu ini

atas nama cinta UNIC

No comments:

Post a Comment