hah.....
satu hembusan nafas yang kuat.
hari ini antara hari yang membuatkan aku bagaikan seorang manusia yang inginkan sepasang sayap untuk terbang selaju roket.
masa mengejar terlalu laju hingga membuatkan aku lelah untuk meneruskan langkah.
namun aku gagahkan dengan doa kepada Allah dan sokongan sahabat.
hari ini kelas bermula kol 8 pg.
kelas robotik yang best tetapi mencemaskan.
seorang lecturer berpangkat Dr yang mengamalkan pembelajaran two way communication.
setiap kali kelasnya, aku hanya menunduk bagaikan ingin menyembah bumi dan kalau boleh, ingin menyorok di bawah meja.
takut aku disoalnya.
hari ini akhirnya apa yang aku takuti telah berlaku.
aku disoalnya tentang soalan robot.
adoi,
aku nak jawab apa?
kosong otakku.
adrenalin berlaru laju menujah jantungku.
aku hanya mampu tersengih dan menebalkan muka.
tapi lecturer tu bukan garang n he very sporting.
he smiled and say its ok.
lega aku.
itu tentang kelas robotik.
selepas itu aku berkejar lak jumpa lecturer untuk final year project.
dan sambung siapkan tugasan robotik.
kol 2 ptg sampai 4 ptg bermula kelas elektronik kuasa pemacu.
habis je kelas,
aku pecut motor ke mydin.
membeli belah barang untuk jamuan bbq kelas.
jamuan adalah esok.
bagaikan dalam rancangan adventure,
membeli dengan cepat berpandukan list yang dicatit sambil memikirkan bajet.
kol 8 malam pulak terus ke COWBOY untuk beli barang hamper.
penat oh penat.
mata mula merayu untuk tidur.
namun aku tidak boleh mengalah.
satu lagi tugas belum siap.
iaitu membuat TIRAMISU untuk dessert jamuan esok.
dessert ini permintaan ramai.
aku berdoa semoga majlis esok berjalan lancar kerana aku ialah peganjurnya.
namun aku sangat bersyukur kerana dibantu ramai rakan.
tanpa mereka, aku lumpuh.
:)
No comments:
Post a Comment