salam semua.
aku nak berceloteh tentang hari ke-2 kumpul barang banjir
13 dec 2013
hari ini penat sikit
dari pagi hingga ke 11 malam
11 pg: member dapat email, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah bank in sejumlah wang ke dalam akaun member aku
kami terkejut dan bersyukur. semalam kami rasa terkilan sebab tidak cukup duit untuk beli susu bayi.
maklumlah susu bayai mahal sekarang. kami rasa sedih sangat tidak dapat beli susu. namun Allah
suka bagi kejutan dan perancangan Allah adalah yang terbaik. hari ini dapat derma yang cukup untuk
beli susu.
2 ptg: kami terus ke mydin dan membeli susu bayai. Alhamdulillah dapat beli susu bayi. auntie yang jaga rak
susu berkongsi cerita. ramai katanya, yang datang untuk beli susu mangsa banjir. Alhamdulillah. terasa
lega kerana masih wujud masyarakat yang berjiwa prihatin.
4 ptg: menyelesaikan misi mengumpul pakaian derma dari rakan sekelas dan menhantar susu ke pusat
pengumpulan barang.
7 mlm: balik rumah sekejap untuk bersihkan badan
9 mlm : ke U dan tolong apa yang patut. U aku hantar 3 buah bas untuk ke kuantan bersama lebih kurang
70 sukarelawan. Alhamdulillah. aku tidak join because i have 3 test, 2 asgment, 1 PSM repot.
all that works must be done and take this week.
11 mlm: bas berangkat dan aku melambai dengan penuh harapan. semoga amalan aku diterimaNya.
No comments:
Post a Comment