Monday, 9 December 2013

Johor-Kuantan-Terengganu-Kelantan

berita hangat kebelakangan ini tentang 4 negeri ini.
BANJIR.
aku simpati dan juga bangga dengan rakan sekelas aku.
tanpa kira bangsa dan agama,
kumpul duit bersama untuk disalurkan kepada magsa banjir.
kalau tak mampu dari segi kewangan,
tadahlah tangan dan panjatkan doa.


aku nurkilankan puisi ini khas untuk saudaraku semua yang sedang hadapi ujian:

teman,
ini ujian dari Allah
sabarlah teman
rejamkan resahmu ke dada solat
tadahkan tanganmu mohon bantuan dariNya

teman,
kita semua bersaudara
kau x keseorangan
sakitmu ku juga rasai
resahmu ku juga hadapi

teman,
aku sedar
berat aku memandang
berat lagi bahamu memikulnya

teman,
jangan disalahkan Allah
ini ujian kita sebagai hambaNya
layaklah kita diuji kerana kita cuma hamba

teman,
dalam kelam malam cuba kita renungkan
mungkin ada khilaf kita
mungki kita alpa dan lupa Dia

teman,
bersabarlah
Allah ada bersama kita
Allah sayangkan kita



No comments:

Post a Comment