Allah itu Maha Besar
Alhamdulillah
banyak perkara berlaku di luar dugaan aku
duit bbq 20 sept masih berbaki
baki itu untuk beli cenderahati
tetapi masih tidak sempat beli kerana sibuk dan tidak jumpa cenderehati yang berkenan
minggu lepas,
aku terbaca tentang bantuan untuk mangsa banjir
Allah memberi aku ilham untuk menyalurkan duit itu kepada mangsa banjir
terus aje tangan ini mengepost di muka buku
minta keizinan dari kelas
kerana itu duit 58 orang
Alhamdulillah semua setuju
pada 12 dec 2013
aku dan ketua kelas pergi mydin dengan 1 misi dan 1 niat
kami telah berjaya membeli barang yang banyak dan pelbagai
aku berharap sumbangan ini dapat menjadi saham akhirat kami
ada kejadian yang mngharukan ketika di mydin
seorang auntie bertanya tentang barang yang banyak dalam troli
aku meberitakan tentang banjir di kuantan
auntie itu terus mengeluarkan duit dang menghulurkan kepada aku
aku rasa sebak dan terharu
seorang bukan Islam mempunyai sifat pemurah
Alhamdulillah
terus aku berdoa semoga Allah membuka pintu hatinya untuk Islam
aku pelik dan kurang berkenan dengan keyboard warrior
gambar ketika menderma dikata riak
tiada gambar ketika menderma dikata kedekut dan tidak buat kerja
siapa kita untuk menilai?
yang laju taip makian di komen muka buku itu,
adakah anda menghulur untuk bantuan banjir?
atau hanya pandai menjadi juri?
fikir2 kan
kita hanya hamba Allah
:)
No comments:
Post a Comment