Sunday, 3 November 2013

DI MANA KITA NANTI?

Assalamualaikum semua pembaca.
tajuk hari ini ialah 1 persoalan. di mana kita nanti? jawapannya hanya dua, iaitu neraka yang dahsyat dengan azab atau syurga yang indah. di mana kita nanti? jika soalan ini ditanya, pastinya semua menjawab syurga. namun, adakah kita melakukan perkara atau amalan yang membawa kita ke syurga? soalan panas untuk diri sendiri. pagi ini aku celik mata. Alhamdulillah aku masih bernafas. namun, tiba-tiba aku terlintas, andai kata aku di alam kekal nanti, di mana tempat aku? persoalan demi persoalan menebak fikiran aku. aku bukan ahli agama. aku insan biasa yang banyak melakukan kesilapan. aku bukan orang baik namun aku ingin dan sedang berusaha untuk menjadi orang baik. hari ini aku termenung. apa sumbangan aku kepada agama?
apa sumbangan kita kepada agama? adakah kita bangun dan menjalani kehidupan yang sama setiap hari?
aku tahu, syurga itu mahal. sebab itu jalan ke arahnya bukan indah. neraka pula murah n jalan ke arahnya dihidangkan keindahan palsu dan keseronokan sementara. membincangkan topik neraka dan syurga bukan kemahiran aku. aku cuma berkongsi apa yang aku tahu.
semoga kita semua menjadi ahli syurgaNya.
:)

No comments:

Post a Comment