Monday, 25 November 2013

DIAM

diam aku bukan kerana aku ego
diam aku bukan kerana aku benci
diam aku bukan kerana aku lemah
diam aku bukan kerana aku merajuk

diam aku kerana aku ingin tahan bibirku dari menyakitimu
diam aku kerana aku tengah mencari kekuatan
diam aku kerana aku tengah berperang dengan diriku
diam aku kerana aku tengah muhasabah diri

bicara itu andai tajam,
hancurlah sebuah ikatan persaudaraan
maka diam itu lebih baik

walau aku sedar diam itu bukan 1 penyelesaian masalah
namun sekurang-kurangnya ia tidak mengeruhkan lagi masalah

biarkan aku terus berdiam sehingga aku mendapat kekuatan untuk berbicara

No comments:

Post a Comment