Friday, 22 November 2013

Flasmob untuk Syria

apa tu flashmob?
mengikut kefahaman aku,
flashmob itu satu persembahan sama ada tarian, nyanyian atau lakonan yang diadakan di tempat awam tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
suprise performance.
ia diadakan untuk menyampaikan mesej atau mempromosikan produk.
hari ini,
selepas solat jumaat,
flshmob untuk Syria telah diadakan di perkarangan masjid U aku.
syabas kelab kasawari.
u done a brilliant job.
sangat tersentuh hati dan mesej yang ingin disampaikan sangat jelas.
ramai yang menonton terdiam dan terkelu,
namun aku masih mendengar soseh soseh yang mempertikaikan flashmob diadakan.

kenapa perlu buat flashmob? tak membantu Syria pun dengan flashmob........
lakonan apa tu? keras macam kayu ja.......

ini hanyalah kata2 yang laju keluar dari segelintir, sekuman orang sahaja.

aku ada jawapan aku sendiri untuk soalan sinis itu.

apa tujuan flashmob?
tujuannya untuk menyampaikan mesej tentang keadaan negara suadara kita.
kita ni kadang2 tak mau ambil tahu tentang hal semasa.
jadi, dengan adanya flashmob,
ia dapat membuka mata dan menjentik hati masyarakat tentang keadaan negara syria.
secara tidak langsung,
ia telah menyebarkan semangat persaudaraan.

selepas flashmob,
tabung diedarkan.
1 strategi yang baik.
derma untuk syria.
itukan juga membantu namanya.

lakonan macam kayu?
mereka itu pelajar, bukan pelakon profesional.
hormatlah pengorbanan mereka.
demi flshmob,
mereka berkorban masa, tenaga dan wang.
mereka berlatih untuk memberikan persembahan sebaik mungkin.

yang bertanya soalan sinis itu.
apa bantuan atau usaha anda untuk syria?

Allah tak nilai seramai mana yang datang tengok flashmob,
tapi Allah nilai sebanyak mana usaha kita untuk membantu Syria.

ringankan tangan untuk menderma,
teruskan berdoa untuk SYRIA,PALESTIN, MESIR, ROHINGYA, PATTANI dan banyak negara Islam lain lagi.
kita BERSAUDARA

No comments:

Post a Comment