Monday 23 September 2013

di atas nama cinta pada yang selayakNya

usai subuh, aku membelek muka buku. sekilas terpandang post seseorang tentang lagu atas nama cinta oleh UNIC. sebuah lagu yang mengajak kita meletakkan rasa cinta kepada yang layak iaitu Allah. kita enak diulit cinta dunia sehingga kita lupa kepada cinta hakiki. 

aku sertakan bingkisan lirik lagu tersebut


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


dalam lirik lagu ini, aku highlight kan rangkap kedua terakhir. rangkap tersebut sangat menarik. biar sendiri hingga hujung nyawa asal tak sepi dari kasihNya. kita sanggup membeli mekap yang mahal untuk menagih cinta manusia. kita sanggup berkorban apa sahaja demi seorang manusia. namun kita lupa bahawa kita mempunya kekasih Yang Maha Agung yang sentiasa mencintai kita. ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi menagih kasih manusia sehingga lupa kepada cinta hakiki. untung kepada sesiapa yang mendapat kasihNya kerana dia tidak akan pernah akan rasa sepi walau di mata kasar dia nampak sendiri. sedangkan dia tengah bahagia melayari cinta bersamaNya. cintaNya sudah cukup membuatkan kita bahagia dunia akhirat. buat apa kita bahagia dengan kekasih yang tidak halal, melakukan maksiat tetapi kita sepi dari cintaNya. 
semoga kita mendapat cintaNya. bahagialah duni akhirat andai kita mendapat cintaNya.

aku sertakan juga video lagu ini

atas nama cinta UNIC

cempedak dan benda menyanyi

salam sume kawan2.
sudah lama tidak berupdate kerana i'm really busy.
a lot of things i have and must do.
hari ini,
hampir sepanjang hari aku melepak keseorangan di library bagi menyiapkan journal untuk subjek etika kejuruteraan.
penat kerana menguruskan bbq kelas belum hilang lagi.
mlm td,
selepas balik,
 i got a suprise.
ada dua jenis hadiah atas tilam aku.
3 biji cempedak juga 1 benda yang ditekan, menyanyikan lagu hepi bday.
hahahahaha
sangat terkejut n hepi.
:)
thankz a lot kepada yang memberi.
by the way,
wish sbg tanda ingatan is more than enough for me.
tapi kalau bagi hadiah, lagi I suka.... hehehhehe

Friday 20 September 2013

misi 100 TIRAMISU

aku baru ja habis wat 100 cup tiramisu.
hampir 2 jam aku siapkan.
nasib baik kwn aku bantu sekali,
kalau tak, subuh la baru siap.
tiramisu ini dibuat untuk event bbq esok.
smg sedap ya wahai tiramisu ku,
nite and smg kita menjadi ahli syurgaNya.
amin.

Thursday 19 September 2013

aku ingin terbang :)

hah.....
satu hembusan nafas yang kuat.
hari ini antara hari yang membuatkan aku bagaikan seorang manusia yang inginkan sepasang sayap untuk terbang selaju roket.
masa mengejar terlalu laju hingga membuatkan aku lelah untuk meneruskan langkah.
namun aku gagahkan dengan doa kepada Allah dan sokongan sahabat.
hari ini kelas bermula kol 8 pg.
kelas robotik yang best tetapi mencemaskan.
seorang lecturer berpangkat Dr yang mengamalkan pembelajaran two way communication.
setiap kali kelasnya, aku hanya menunduk bagaikan ingin menyembah bumi dan kalau boleh, ingin menyorok di bawah meja.
takut aku disoalnya.
hari ini akhirnya apa yang aku takuti telah berlaku.
aku disoalnya tentang soalan robot.
adoi,
aku nak jawab apa?
kosong otakku.
adrenalin berlaru laju menujah jantungku.
aku hanya mampu tersengih dan menebalkan muka.
tapi lecturer tu bukan garang n he very sporting.
he smiled and say its ok.
lega aku.
itu tentang kelas robotik.
selepas itu aku berkejar lak jumpa lecturer untuk final year project.
dan sambung siapkan tugasan robotik.
kol 2 ptg sampai 4 ptg bermula kelas elektronik kuasa pemacu.
habis je kelas,
aku pecut motor ke mydin.
membeli belah barang untuk jamuan bbq kelas.
jamuan adalah esok.
bagaikan dalam rancangan adventure,
membeli dengan cepat berpandukan list yang dicatit sambil memikirkan bajet.
kol 8 malam pulak terus ke COWBOY untuk beli barang hamper.
penat oh penat.
mata mula merayu untuk tidur.
namun aku tidak boleh mengalah.
satu lagi tugas belum siap.
iaitu membuat TIRAMISU untuk dessert jamuan esok.
dessert ini permintaan ramai.
aku berdoa semoga majlis esok berjalan lancar kerana aku ialah peganjurnya.
namun aku sangat bersyukur kerana dibantu ramai rakan.
tanpa mereka, aku lumpuh.
:)

Wednesday 18 September 2013

BALING BOLA BOLING

hari ni kelas start kol 8 pg.
etika engineering class.
aku suka sangat kelas ni sebab banyak benda baru aku belajar.
lecturer lak suka cerita pengalaman dia.
learn from experience is better.
also others experience.
hari ni belajar tentang kekemasan diri untuk interview.
lecturer sebut orang yang malas mandi.
seperti dijangka,
dua member baik aku terus pusing belakang dan sengih kat aku,
hoi!!!
aku bukan malas mandi la, aku cuma jimat air ja.
berjimat itu amalan mulia,
tiba2 lak kan!
hahahhahaha
panjang pula aku melalut
aku sebenarnya nak berciter tentang sukan boling.
sukan yang paling aku minat.
setiap minggu pasti wajah aku terpacul di MIBC ( MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE)
aku juga masuk beberapa event boling,
pernah p uji bakat untuk wakil fakulti,
tapi tidak terpilih.
tahun ni aku akan cuba lagi uji bakat wakil fakulti,
doakan aku ya kawan2.
hari ni kelas habis pukul 1.
lepas kelas, aku lepak cari maklumat untuk PSM (PROJEK SARJANA MUDA ) dan tugasan jurnal engineering ethics.
lepas tu lunch dengan asam pedas telur ikan.
nyum2 nyum2
seperti dijanjikan,
pukul 3 petang aku dan member2 lain mula bermain boling.
hari ni aku tidak menjadi dalam balingan.
harapkan gaya je lebih.
hampeh!!!!
lepas main boling, niat nak berjoging.
tetapi terpandang McD pulak.
aku rembat la cappucino dan blueberry cheese cake.
nampaknya makin ke depan la perut aku ni.
hahahahahhaha



Tuesday 17 September 2013

berempat berjoging berMcD

pagi2 lagi member aku ajak p joging.
malam tadi kami berempat memang rancang nak berjoging tetapi ingatkan hanya tingggal rancangan.
rupanya fantasi menjadi realiti.
kami berempat bersiap siaga dan bersarapan dengan yakult.
sedap sungguh yakult itu.
hahahaha
terus kereta kelisa milik memberku memacu di atas jalan raya menuju ke TAMAN BOTANIKAL MELAKA.
kami berempat bersemangat berjoging dengan niat ingin mengecilkan perut yang telah ke depan.
hahahahahaha
kami telah berjaya berjoging hampir 6km jugak la.
tapi aku ni semput jugaklah.
tapi tetap bersemangat untuk kuruskan badan dan kecilkan perut.
berapa banyak tapi la aku ni. hehehe
boroi!!!!
nyah kau dari hidupku...
selapas siap berjoging,
perut mula menyanyi lagu rock....
serentak idea datang dalam kepala kami.
Mcd!!!!
feveret kami sume.
terus kelisa meluncur laju menuju McD.
sausage muffin with egg 2, brekkie wrap 1 n pancake.
sumenya dibeli set dgn hush brown n coffe n tea.
makan lah kami dengan nikmat.
selepas makan,
kami tertanya2,
adakah joging kami sia2?
kalori dibakar adalah sedikit tetapi kalori yang ditambah adalah banyak.
mampukah misi kami untuk kecilkan perut berjaya?
aku tidak mampu melawan nafsu makan!!!!!!!!!!!!!
McD. Kek. Coklat
my feveret n our feveret.
:)


Monday 16 September 2013

tiramisu ekspress

salam semua.
semoga semua sihat n bhagia.
hari ni aku nak citer tentang aku masak tiramisu ekspress.
hahahaha
aku bangun pagi dan teringat nak makan tiramisu.
walaupun tengah nak kuruskan badan, aku masih tidak dapat menolak ketagihan tiramisu.
sebenarnya, aku tidak pernah buat tiramisu,
hari tu, aku dan member aku yang juga peminat tiramisu telah pergi ke bakery dan beli tiramisu.
namun rasanya kurang menyegat....
sangat kecewa.
dah la mahal.
maka aku pun nak cuba buat sendiri.
pagi tadi aku dating dengan pak cik google dan intai blog2 masakan.
hehehehehe.
akhirnya jumpa resepi yang sesuai.
start moto dan terus p mydin.
beli apa yang patut.
tinggi jugak la kos nak buat dessert ni.
tapi xpe,
jangan berkira sangat kalau bab makan2 ni....
lepas sume barang dah ada,
mula lah aku buka langkah dan acara membuat tiramisu bermula.
kelam kelibut dapur bujang aku.
mixer x ada.
maka guna manual,
lenguh tangan ambo...
hahahaha
setelah hampir sejam,
tiramisu acuan aku telah siap.
ditambah dengan sos kiwi buatan sendiri.
sangat la sedap.
bukan puji diri sendiri,
tapi member2 aku yang puji tau...
hahahahahahahaha
macam dah bole buka bakery ni...
TIRAMISU........... I luv U

novel Trilogi Takdir

aku ni memng sgt suka membaca. tapi ak membaca bila ak ada mood shj. kalau time x ada mood, memang ak x pegang buku. kalau baca time x ada mood, bagaikan memaksa mata menari di atas helaian kertas putih. hahaha. mcm berfalsafah pulak ak ni. sebenarnya ak nk citer ttg novel trilogi TAKDIR karya Hilal Asyraf.
3 hari yg lepas ak g shopping kat mydin. time kuar dari surau, mata ak terpandang novel takdir 2 yang dipamerkan di rak kat MPH. ini novel yang ak tunggu2 ni. novel takdir yang pertama telah ak bc. jalan ceritanya sgt menarik n sgt sesuai bg seorang lelaki kerana ia bukan novel cinta seperti kebanyakan novel tetapi ia sebuah novel yang mengisahkan perjuangan dalam menegakkan Islam. ia sebuah novel tarbiah. membacanya bagaikan kita sendiri berada dalam cerita tersebut. satu garapan yang sangat baik. banyak kejutan dalam novel tersebut. adakalanya novel ini membuatkan kita berasa suspen dan ada kalanya membuatkan air mata ini bergenang. nak tau lebih lagi? belilah novel Takdir n hasil karya Hilal Asyraf yg len bcoz he is good in writing. :)


finally i have my own blog

salam sume. n have a nice mid nite. time ak tulis post ni, jam suda kol 12.33 tgh mlm. actually this my third blog n i hope this my last blog. mana lagi 2 blog yg sebelum ni? sume nya tbengkalai dan bersarang labah2 n lastly i forgot the pwod..... hua hua hua... nyanyok suda ak ni...
this is welcoming post. sy xtau menulis but i want to share my experience with all of u. hope Allah bless us. :)