Saturday 31 December 2016

MAGNET DIRI oleh Saudara Amin Idris

Salam buat pembaca blog ini. Buku yang aku ingin kupas hari ini adalah karya saudara Amin Idris. Siapa tidak kenal saudara Amin Idris? Seorang pengacara yang petah dalam berbicara juga pakar motivasi yang terkenal.

Buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ini adalah buku yang mengajak dan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya.



Buku ini mengetengahkan dan mengupas pelbagai formula untuk menjadi seorang yang berpengaruh.

Buku ini juga mengupas sifir 'INFLUENCER' yang dibicarakan oleh John C. Maxwell dalam buku beliau: Becoming a Person of Influence

I: Integrity with people
N: Nurtures other people
F: Faith in people
L: Listen to people
U: Understands people
E: Enlarges people
N: Navigates for other people
C: Connects with people
E: Empowers people
R: Reproduces other influences

Banyak lagi isu dan formula menarik yang dikupas dalam buku ini. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Ingin menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya? Dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan.

Monday 26 December 2016

PUISI: MONOLOG

PUISI: MONOLOG

Aku lihat sekeliling

Aku pandang kiri dan kanan

Aku ingin menjadi seperti mereka

Namun aku bukan seperti mereka

Mengapa ingin jadi buih?

Bukan mutiara?

Sabarlah duhai hati.

Seorang tidak bermakna salah.

Ramai tidak bermakna benar.


Sunday 25 December 2016

PUISI: WARNA

PUISI: Warna

Aku bangkit dari mimpi,
jingga menyinar di ufuk timur,
unggas menyanyi girang,
bertebangan bebas menari riang,
hijau melambai manja,
angin menyapa mesra,
awan bahagia berarak,
sungai mengalir laju,
mengejar muara,
tempat bermain anak keli,
indah nian pemandangan ini.

Namun,
hatiku gusar celaru fikiran,
mampukah ia bertahan?
mampukah generasi akan datang menikmatinya?

Teman-temanku,
bayangkan suatu hari nanti,
jingga bertukar merah,
unggas patah sayapnya,
hijau layu menyembah bumi,
angin mendengus,
awan hitam berarak,
sungai mengalir lesu,
anak keli hilang pedoman.



Tidak! Tidak!
ngeri aku bayangkan,
teman-temanku,
sebelum bumi tersungkur rebah,
sebelum bumi terus dinodai,
bangkitlah kamu,
bangkitlah! Bangkitlah!
pertahankan hak anak cucu kita.
semoga bumi terus tersenyum.


Saturday 24 December 2016

PUISI: MENGAPA MESTI AKU?

PUISI: Mengapa mesti aku?

Mengapa mesti aku?
Dibalut surat khabar lama,
dibuang dalam neraka sampah,
digonggong anjing.

Mengapa mesti aku?
Dilahirkan dari nafsu serakah,
dilahirkan dari cinta palsu.

Mengapa mesti aku?
Dibuang ibu,
dibenci ayah.

Mengapa mesti aku?
Tidak sempat melihat dunia,
tidak sempat mencium ayah dan ibu.

Mengapa mesti aku?
Menjadi mangsa nafsu serakah,
suara simpati aku tiada didengar,
rintihan aku,
tangisan aku.

Mengapa mesti aku?
Terbiar dalam tong sampah.

Friday 23 December 2016

SEPARUH MASA

Assalamualaikum pembaca penainsanbiasa. Terima kasih sebab sudi baca tulisan aku yang tak seberapa dan tolong ambil yang baik baik sahaja ya, yang tak baik jangan ambil. Berkurun aku tak berceloteh, mungkin aku lebih selesa berbica dengan puisi.

Suami separuh masa? Macam tajuk drama pula. Bukan suami separuh masa tetapi pekerja separuh masa, bahasa mudahnya: kerja part time.

Aku adalah manusia yang pernah kerja part time semasa belajar. Ramai pelajar yang wat part time sebab nak duit lebih, nak bayar yuran dan nak cari pengalaman.

Aku kerja part time secara tidak sengaja. Tahun 2012 semasa aku tahun dua di universiti. Masa tu, bestfriend aku tengah cari kerja, so aku tolong carikan. Bila jumpa, dia ajak aku interview sekali. Aku pun ikut la, tak tau kenapa aku ikut. Mungkin aku nak cari pengalaman atau saja suka suka? Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tersebut. Kerja pejabat ka? Uish... tak layak nak kerja pejabat. Aku kerja sebagai orang yang jual aiskrim kat sebuah pasaraya besar. Aku kerja shift, shift aku adalah jam 6 petang samapai 11 malam. Manakala hari minggu pula, jam 8 pagi sampai 11 malam.

Jujur aku cakap, kita kena keluar dari zon selesa kita dan baru kita kenal dunia. Aku jumpa pelbagai jenis manusia. Aku belajar banyak benda. Pengalaman itu mendewasakan kita.

Pelajaran terganggu? Bagi aku, pengurusan masa itu penting. Kau tak nak kerja sebab takut affect pelajaran kau tetapi balik kelas kau tidur dan malam kau layan dota atau movie.

Dapat banyak duit? Alhamdulillah, seronok sangat bila dapat duit sendiri dan aku lebih tahu nilai duit. Nak beli benda bukan bukan pun sayang.

Kelebihan lain? Lepas universiti, kau boleh tulis pengalaman kerja kau kat resume. bakal majikan akan nampak kau sebagai seorang yang berani, berdikari dan pandai menguruskan masa.

Bahaya? Bagi aku, perempuan agak bahaya bekerja shift malam dan tidak berteman. sebelum mulakan kerja, survey dulu kawasan dan masa bekerja.

Lagi? Maaf dengan celoteh aku dan karangan aku yang tiada plot menarik. Salam Jumaat semua.

PUISI: TAMAT

PUISI: TAMAT

tali laut tinggi
bukan caranya
simpulan pasti ada leraian
perlu masa juga akal

gelojoh
fikir kamu pendek

wahai manusia benar
apa kau buta bisu kudung?
pinjamkan sekejap hati kau

wahai manusia ghaib
kau menyorok di balik tabir
tepuk dan carut jadi sebati
bagai kau punya sayap

aku yang menulis
tidak punya sayap
tapi masih punya mata

Thursday 22 December 2016

151216 - Tamatnya sebuah buku

PUISI: 151216 - Tamatnya sebuah buku

lembaran demi lembaran
aku tulis
aku lakar
aku lukis
juga, aku conteng

buku itu buku pertama
setelah aku melangkah ke dunia dewasa

aku sayang buku itu
banyak cerita juga kisah
manis, pahit dan masam,
aku campur semua rasa

aku tahu tiada buku tanpa penamat,
namun tidak aku sangka,
secepat ini buku aku ditamatkan

aku,
penulis buku itu,
aku juga yang tamatkan kisah itu.

aku simpan buku itu dalam hati,
tidak akan aku jual juga pamer,
kerna buku itu hanya untuk aku.

Sunday 9 October 2016

Mengapa bicara aku pada puisi?

aku khabarkan cerita juga berita
tidak aku karang berjela jela
sekadar sebaris dua aku coret

cerita dari hati
cerita dari mata

puisi itu merpati
bawa cerita bawa rahsia

puisi itu aku pilih
agar dapat aku kongsi
tanpa perlu aku ....................

Friday 15 July 2016

Hari aku raya

Salam semua readers pena insan biasa.
belum terlambat aku ucapkan selamat hari raya.
aku mohon maaf andai tulisan aku ada yang terguris atau tersinggung.

guys, aku ada projek baik untuk pembaca blog ini.
tunggu ya, nanti aku announce,,,,
mungkin this week or next week......

aku raya kau raya dia raya
semua raya
tapi tak semua pemenang

Tuesday 28 June 2016

PUISI :26 JUN 2016

PUISI :26 JUN 2016

aku tahu bicaranya tajam
aku tahu hatiku masih berdarah
robek renyuk bagai gumpalan sampah

kendati aku balas,
apa aku dapat segunung emas?

dada aku sempit
hati hilang senang

nafas aku tarik sedalam lautan hindi
mata aku tutup
aku berbicara
aku berbicara dengan aku
aku memujuk aku

nafas aku hembus
aku lupakan bicaranya
biarkan dia sahaja begitu
tidak mahu aku menumpang tenggek bersamanya

Tuhan, terima kasih.


Sunday 26 June 2016

PUISI: 25 Jun 2016

PUISI: 25 Jun 2016

bicaranya tajam,
pisau bukan lawannya,
sembilu dipandang sebelah mata.

egonya tinggi,
langit ke lapan cecahnya,
bumi tidak dipijaknya.

aku diam.
aku diam.
aku diam.

tidak mahu aku menumpang bertenggek.
biar aku di bawah, membelai rumput hijau.

aku ada Tuhan,
Aku tidak kunci lidahku denganNya.

Tuhan, aku tahu Engkau Maha Mendengar.

Thursday 16 June 2016

Salam Ramadhan

Salam semua,
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ni,
dah 1/3 Ramadhan.

Makan jangan tamak, bukannya kita kebulur setahun.
Jangan kedekut, hak orang lain ada dalam dompet kita.
Baju raya perlu ada, tapi jangan nipis ketat.

Kenapa hari ni membebel?
Entah, mungkin sebab aku dah tua.

Monday 6 June 2016

16 MEI 2016

Apa ada dengan 16 Mei 2016?

Hari guru!
takkan boleh lupa?
walau sudah lama tak pakai baju putih seluar hijau,
aku masih ingat tarikh keramat itu.

Tahun ini, rasa dia lain.
sebelum ini, aku yang selalu wish namun kali ini aku pula yang diwishkan.
(maaf, bahasa saya rojakkan, kalau cg BM aku baca, memang kena luku aku ni.)

YES!
I had weird feeling and still having it.

Aku tak pernah sangka akan jadi seorang pendidik bangsa.
Belajar lain, kerja lain.
Itulah takdir.

tahun ni, aku rasa janggal bila students aku wish selamat hari guru kat aku.
hidup ini penuh kejutan, isn't it?

Juga, aku tak pernah lupa cikgu aku walaupun sekarang aku telah bergelar cikgu.
tanpa cikgu, tak mungkin aku jadi cikgu.

Sempena hari guru baru-baru ni,
aku keluar lunch dengan cikgu aku.
cikgu yang paling rapat dengan aku.

banyak kami borakkan.
hampir 3 tahun x berjumpa, sekadar call dan msg sahaja.

apa yang dapat aku kongsikan dari perbualan kami:
1. budak sekarang bukan macam budak dulu.
2. cikgu sekarang hanya dianggap sebagai profession, bukan lagi pendidik anak bangsa.
3. jadi cikgu kena ikhlas, bukan sebab nak hidup selesa

RASA: AKU SIMPAN

RASA: AKU SIMPAN

Aku manusia
aku punya rasa

ia muncul
ia pergi

aku cuma diam
tidak pernah aku menyapa ia
tidak pernah aku menyentuh ia

rasa, aku simpan ia

tidak mungkin aku lepaskan
tidak pula aku terjemahkan

rasa, aku simpan ia

tiba masa,
aku akan kejar rasa itu.

sekarang?
biarkan aku simpan sahaja.

Thursday 5 May 2016

PUISI: CINTA SAMPAI HUJUNG NYAWA

PUISI: Cinta sampai hujung nyawa

Dalam gelita aku mencari,
sinar kebenaran aku temui,
kebatilan aku cantas,
cintanya aku dakap.

Tidak akan lagi aku curangi,
tidak akan lagi aku berpaling,
setelah aku temui cinta sejatiku.

Kendati runtuh langit menimpa,
kendati rapuh bumi merekah,
aku tetap setia pada cinta sejatiku.

Indahnya cinta ini,
tiada gambar yang mampu dilakarkan,
tiada kata yang mampu dicoretkan.


Cinta aku sampai hujung nyawa.

PUISI: Aku cinta padaMu

PUISI: Aku cinta padaMu
Manisnya bukan kurma,
manisnya bukan madu,
manisnya sentiasa hadir,
saat dahiku mencecah tikar sejadah,
saat lidahku dibasahi zikir memujimu,
saat hatiku hanya merinduimu.

Harumnya bukan kasturi,
harumnya bukan mawar,
harumnya sentiasa mewangi,
tika aku terpegun melihat kebesaranMu,
tika aku membaca surat cintaMu,

Indahnya cinta padaMu,
tenang bak air,
nyaman bak udara.

Tanpa cintaMu,
bagaikan ikan tanpa air,
bagaikan burung tanpa sayap.

Mutiara jernih mengalir,
kala aku tangisi dosaku padaMu,
kala aku imbau khilafku padaMu.

Cintaku,
izinkan aku menatap wajahMu di sana nanti.






Sunday 1 May 2016

Hari untuk manusia yang bekerja

Salam semua readers.
Hepi Labour Day atau selamat hari pekerja.

"Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup.  Kalau kerja sekedar kerja, kera juga bekerja." - Buya Hamka-

quote from Buya Hamka.
Deep pada yang memahami.

Make your work as part of your passion and ibadah.

Friday 29 April 2016

hidup JANGAN mudah mengalah

Kau jatuh, BANGUN!
Kau lemas, GAPAI!
Kau sakit, TAHAN!

Kau ada Allah.

Wednesday 27 April 2016

PUISI: RINDU

Aku rindu tika itu.

Aku rindu detik itu.

Aku rindu saat itu.

Langit kelam, panas membahang,
bintang cerah berkelip,
bulan malu berselindung sebalik awan kelabu,

aku sendiri,
dalam kamar berdinding empat,

hati aku ditarik satu rasa,
rindu.

berkongsi tawa, berkongsi cerita.

Sahabat,
aku rindu kalian,
amat.

Rindu terus menujah,
aku diam,
tidak tahu.

Rindu, mengapa mesti kamu muncul?
cepatlah pergi sebelum titis jernih mengalir.


Catatan Matlutfi

Salam semua readers, semoga kita semua dirahmatiNya. Sudah lama aku tak ulas atau kupas buku, macam kupas bawang pula kan. Namun, tak bermakna aku tidak membaca. kalau Baca itu NOUN untuk PEOPLE, bukan VERB, sudah lama aku jadikan Baca itu isteri aku.

Kali ini aku ingin kupas buku dari Youtuber terkenal Malaysia juga Nusantara. Sebelum itu, aku ingin ucapkan selamat pengantin baru buat Mat Lutfi, semoga bahagia dunia akhirat. Agak2, Mat Lutfi baca x blog aku ni?

Back to the topic, I read this book  a year ago.
This book like his diary.
The most special about this book?
first, the photos in this book are awesome and  of course his sarcasm is really on top of the world.
Banyak gelak, sengih sorang2 bila baca buku ni.
But, dalam gelak, ada tusukan kat jiwa.
Aku anggap itu dakwah dalam penulisan.
Banyak ilmu aku dapat.

So, please get this book as soon as you can.
aku janji, buku ni takkan kecewakan korang semua.

kalau buku x best, xkan aku nak bazirkan masa aku nak taip pasal buku ni? bukannya aku dapat komisen pun.

Mat Lutfi, terima kasih sebab hadiahkan kami buku ni. Hang memang sempoi. 





Ini Cover buku beliau.... ak pinjam dari pak cik Google



Monday 25 April 2016

Aku jual hamper tak laku!!!

Salam semua readers yang aku sayang juga cinta.
walau tak pernah bertemu mata, namun ak dapat rasakan titis kasih itu.
aku bergraduasi pada akhir tahun 2014.
lepas aku bergraduasi, aku tanam anggur sekejap.
sempat juga dua tiga kali berbuah.
petik buat jus, jem dan enak dimakan begitu saja....... ( baca dengan nada gardenia )

Tanam anggur je? x cuba cari rezki lain?
rezki kan perlu dicari, bukan macam bola datang bergolek.....

yup, aku cari rezki lain.
aku buka bisnes on9.
aku jual apa? mestilah jual hamper........
aku jual hamper makanan juga barangan plastik.
aku dan dunia bisnes ni memang x bole dipisahkan.
bagaikan langit dengan awan.

laku? memang X laku.
1 hamper pun aku x dapat jual.

so?
Aku buka hamper makanan dan makan ramai2 dengan family ak.
Barangan plastik aku bagi kat ma aku.

Rugi?
mestilah, tapi x rugi besar.
modal aku cuma RM230.

apa yang aku belajar?
1. kaji dulu sebelum berbisnes.
2. networking itu penting.

dah menyesal?
X pernah menyesal sebab WE LEARN FROM MISTAKE.......
ORANG YANG GAGAL BUKAN ORANG YANG JATUH....
TETAPI ORANG YANG TIDAK MAHU BANGUN SETELAH JATUH....

perlu terus bangun ke setelah jatuh?
Nop!
duduk sekejap, beli cermin besar dan pandang lama2.
lepas tu bangunlah, jgn terlalu lama duduk.... takut kaki kebas terus tidak mampu berdiri.

kawan2, ayuh kita sama2 bangun, berjalan dan terus berlari.....


Sunday 24 April 2016

IMBAS KEMBALI TINTA

#imbaskembalitinta

Salam semua.
I would like to wish a happy day to all my readers.
imbas kembali tinta?
apa tu? imbas kembali = throwback
Almost 2 years, blog ni bersawang tanpa ada coretan juga contengan.
a lot of things happened.
sayang kalau tidak dilakar di atas kanvas maya ini.
jadi, aku akan imbas kembali dengan LABEL : IMBAS KEMBALI TINTA.
tunggu update2 yang akan dilabel IMBAS KEMBALI TINTA.

orang kata, blog ni diari.
diari yang boleh dibaca semua.
apa yang aku harap. diari aku ini dapat jadi saham.
apa yang cantik, ambiklah.
apa yang hodoh, buanglah.

:)

Friday 22 April 2016

PUISI: Aku, Dia atau Kami?

Aku tengok cermin,cantik.
Dia tengok cermin,hodoh!

Aku guna lidah,petah.
Dia guna lidah,gagap!

Aku telan nasi,sopan.
Dia telan nasi,lahap!

Aku perah otak,bijak.
Dia perah otak,bebal!

Aku ayun kaki,pantas.
Dia ayun kaki,tempang!

Aku molek? Dia buruk?
Dia molek? Aku buruk?
Kami buruk? Kami molek?


Wednesday 20 April 2016

PEDULI

PUISI : PEDULI

peduli apa yang ada depan mata,
peduli apa yang tiada depan mata.

peduli pada siapa yang ada,
peduli pada siapa yang tiada.

peduli!
peduli?
peduli.

Aku selak awan

Salam semua.....
hari ini 20 April 2016.
Post paling last adalah 27 sept 2014.
almost 2 years.
banyak yang berlaku, banyak yang nk dicerita.
rindu, rindu dan rindu....
aku cengang, pegun.
tidak tahu apa yang mahu ditaip, biarkan saja jari kasar ini menari di atas papan kekunci.