Sunday 24 August 2014

teringat zaman itu.......

Salam semua kawan2 alam maya.
saya tidak kenal anda tapi saya tau anda wujud sebab hit saya bertambah.
loklak pulak aku ni, skema tiba2.
hahaha
salam semua.
again, bagi salam, semoga semua sihat sokmo deh.
kebun anggur aku tersangatlah luas.
jauh mata memandang katanya.
hampir dua bulan tamat belajar, In shaa Allah akhir september majlis konvo dan secara rasmi aku tamat degree.

4 TAHUN
empat tahun rasa sekejap sangat.
rasa macam baru semalam aku daftar U, potong barisan masa pendaftaran.
dulu aku rasa macam tak mampu nak habiskan 4 tahun tu,
maklumlah aku kena habiskan praktikal.
mula2 takut nak praktikal, tapi aku bersyukur dapat bos yang baik.
pastu aku kena wat FYP pulak.
risau jugak kalau FYP aku x berjaya.
Alhamdulillah aku menang silver untuk FYP tu.
jujur aku kata, bukan senang belajar kat U ni.
tapi, paling penting jangan mudah putus asa.
percaya pada Allah, keajaiban pasti muncul.

PERSAHABATAN
empat tahun aku bukan sekadar belajar engineering sahaja tetapi aku belajar dan mengenal erti kehidupan. PERSAHABATAN. aku masih ingat, ketika demam, sahabat lah yang jaga aku, bawa pergi klinik, paksa aku makan ubat, belikan aku makanan. yalah, mak ayah kita dok jauh, sahabatlah yang ada.

masa kita down, sahabatlah yang bagi semangat. jadi kaunselor kita.

aku banyak masuk pertandingan ketika di U. debat, pidato. bowling dan banyak lagi. setiap kali bertanding, pasti konco2 kelas aku datang bagi support. depa datang sebagai ultras, bagi sokongan padu. bukan sorang dua datang, tapi hampir 1 kelas, termasuk kaum bukan melayu pun datang support.

bila aku meniaga, kawan2 juga datang bantu, datang jadi customer. kalau barang x laku, kawan2 la yang jadi pembeli terpaksa, tolong aku.

masa dekat exam atau test, sama2 study group. aku ajar kau, kau ajar aku. tiada istilah aku pandai sorang diri.

indahnya ikatan persahabatan.

TIADA RASIS
sampai sekarang, aku masih tidak faham mengapa rasis menjadi satu isu. ketika belajar, kami tidak rasa ada jurang antara kami walau berlainan kaum. kami wat study group, dalam group tu ada cina, india. kami bertukar nota. 

bila ada majlis kelas, semua kaum join. ingat lagi majlis moreh yang kelas aku adakan, kaum cina, india, iban juga join. masa raya haji, kaum cina join kami ziarah rumah kawan2. masa raya cina, kami semua dapat limau. 

kami seronok berkawan dan bergaul dengan beza bangsa. jangan cari titik perbezaan tetapi temuilah titik persamaan.

AKHIR KATA
maafkan aku, aku perasan entri kali ni adalah huru hara, sekejap citer tu, sekejap cite ni. tatabahasa juga lingkup. susah nak gambarkan perasaan rindu ini. rindu zaman belajar. orang pernah cakap, kawan zaman belajar tak sama dengan kawan kerja. jadi, aku sangat rindui zaman belajar. kawan2, kita jumpa masa konvo nanti ya....... ^-^




Thursday 7 August 2014

Epal Ranum itu.....

Pejam mata dan bayangkan kita dalam sebuah kebun epal yang luas. Tuan punya tanah datang dan menghulurkan dua kotak berwarna coklat bercorak polkadot putih. Kotak pertama dibuka, dalamnya ada sepuluh biji epal yang telah rosak, busuk dan berulat. kotak kedua pula dibuka, dalamnya ada sebiji epal yang masak ranum dan elok rupanya. Yang mana satu pilihan kita?

Jika masih punya akal yang waras, pasti pilihan kita adalah sebiji epal yang ranum dan elok rupanya. Itulah analogi kualiti vs kuantiti. Kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Ini tidak boleh ditidakkan atau dinafikan lagi. Dalam perniagaan, produk berkualiti yang akan menjadi rebutan. Pengguna sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi mendapatkan produk yang berkualiti. Memang benar, yang tidak berjenama tidak semestinya tiada kualiti, namun kebanyakan produk berjenama menawarkan kualiti yang bagus.

Kualiti bukan sahaja dalam dunia perniagaan, malahan dalam kehidupan seharian seperti masa, ibadat, makanan, juga banyak lagi.

Maka, ayuh kita menjadi sebiji epal yang ranum. Bukannya menjadi epal busuk yang berulat.


Monday 4 August 2014

Salam Lebaran Salam Kemenangan

walaupun hari ini bukan lagi 1 syawal, namun aku tetap nak mengambil kesempatan dalam bulan syawal ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku susun sepuluh jari runcing ini, memohon ampun dan maaf. selagi aku bernama manusia, pasti ada khilaf yang menyapa.

aku ingin kongsikan ceritera 1 syawal. ketika itu aku dan keluarga bersolat hari raya di masjid yang terkenal di negeri aku. sangat meriah dengan baju raya berwarna-warna. biru, hijau, hitam juga pink dan banyak lagi warna lain. ketika khutbah raya, mata aku terpandang seorang kanak-kanak. saat yang lain segak berbaju melayu baru, dia hanya ber't-shirt' dan berseluar track sukan. dia hanya tunduk memandang lantai. aku rasa bagai ditampar. aku yang dewasa ini memakai baju baru tetapi kanak-kanak itu? dalam hati, aku cuba berfikiran luar kotak. mungking baju melayu dia basah? mungkin dia tidak suka pakai baju melayu? mungkin baju melayu dia koyak kena mercun? hakikatnya, ramai lagi yang susah dan tidak senang macam kita. maka, guna lah mata untuk pandang keliling kita. jika tidak mampu memberi, berdoalah pada Tuhan agar hidup mereka berubah.

juga jangan lupa tentang adik, abang kakak juga ayah ibu kita di Gaza. teruskan berdoa untuk mereka.