Sunday 19 October 2014

27 sept 2014

27 sept 2014.
a big day for me.
a VERY big day.
tarikh itu, penat lelah aku bergelumang dalam dunia mahasiswa akhirnya terubat.
benar,
dunia mahasiswa bukan senang.
bukan indah sepanjang masa.
ada kala,
rasa mengalah muncul mencuit hati.
namun, cepat-cepat aku hapuskan rasa itu.
aku perlu menjadi sesuatu untuk membuat sesuatu.
saat aku melangkah ke pentas,
hanya wajah ayah ibu yang terbayang.
aku pasti,
ayah ibu yang berada bawah pentas juga pasti berbangga dengan anaknya ini.
jujur aku cakap,
aku rasa macam tak percaya.
empat tahun berlalu dengan cepat.
pentas itu menyaksikan aku budak hingusan yang seronok menyanyi semasa minggu orientasi empat tahun yang lalu.
dan pentas itu juga menyaksikan aku sekarang mengambil segulung ijazah setelah berhempas pulas.
jujur aku katakan,
bukan senang menuntut ilmu,
namun,
yang membezakan kita dengan yang lain adalah ilmu,
tapi,
aku tidak bermaksud yang tidak masuk U adalah tidak pandai.
ilmu bukan hanya di universiti.
yang tidak masuk U bukan tidak pandai tetapi rezeki mereka bukan di universiti.
rezeki mereka di tempat lain.
hari ini,
aku adalah graduan.
aku berjanji,
ijazah ini bukan untuk aku,
tetapi ijazah ini untuk semua.
untuk semua.
itu janji aku.
doakan aku dipanjangkan umur agar janji ini dapat ditunaikan.
amin.
:)

Wednesday 10 September 2014

Lagi.....lagi....lagi..... dan lagi......

salam semua.
tajuk entri kali ini agak samar bukan?
lagi, lagi dan lagi?
tajuk entri kali ini sebenarnya menterjemahkan dua benda iaitu USAHA dan JANGAN PUTUS ASA.

sangat bertuah jika pertama kali masuk pertandingan terus menang.
sangat bertuah jika pertama kali berniaga terus untung melambung.

namun,
aku jarang berada dalam kondisi sangat bertuah itu.
hari ini aku ingin kongsikan dua peristiwa atau pengalaman aku yang berkaitan dengan tajuk entri kali ini.

pertama,
aku minat pengucapan awam,
sangat minat.
pengucapan awam merangkumi pidato, syarahan, debat dan sebagainya.
paling aku tidak boleh lupa adalah pertandingan deklamasikan sajak sempena kemerdekaan.
pertandingan ini diadakan setiap tahun.
aku mula sertai pertandingan ini semasa aku di tingkatan dua. cikgu bahasa melayu aku mencadangkan aku menyertainya kerana dia tahu aku sangat suka akan sajak.
namun, aku kalah.
tingkatan tiga aku sertai sekali lagi, juga kalah.
aku sertai lagi masa tingkatan empat, juga kalah.
paling terakhir, aku sertai untuk terakhir kali ketika tingkatan lima.
Alhamdulillah aku juara.
nampak tak?
empat tahun aku sertai pertandingan sajak dan tahun kali ke empat baru aku menang.
aku bukan bertuah, sertai sekali terus menang.
namun aku tidak berputus asa.
selepas setiap kali habis bertanding, aku jumpa juri dan tanya pendapat mereka tentang cara aku deklamasikan sajak.
aku ambil segala pendapat juri dan aku praktikan.
akhirnya, aku berjaya.
ketika diumum juara,
Tuhan saja tahu perasaan aku.
juga,
keesokannya aku dijemput untuk buat persembahan di hadapan semua pelajar.
dalam hati aku berkata: "yang kalah semalam tidak mustahil menjadi juara hari ini".

kedua,
sukan paling aku minat adalah boling.
kawan2 aku semua tahu tentang minat aku ini.
aku mula sentuh bola boling ketika tingkatan empat.
namun,
aku sangat tidak mahir.
ketika aku di melaka,
kawan2 aku ramai yang minat boling.
kami bermain bersama selalu dan juga pastinya kami akan masuk pertandingan.
setiap kali ada pertandingan boling anjuran universiti,
pasti kami masuk.
pertandingan paling best adalah SAF iaitu Sukan Antara Fakulti.
semua orang mesti nak mewakili fakulti, termasuk aku.
sebelum itu,
mesti ada pemilihan untuk wakil fakulti.
dua tahun berturut-turut aku kandas di peringkat pemilihan.
namun,
ketika aku di tahun akhir,
aku berjaya berada dalam kelompok lima terbaik dan aku berjaya mewakili fakulti dalam sukan boling untuk SAF.
sekali lagi,
aku bukan bertuah,
namun aku tidak berputus asa.
tidak dapat tahun ini, tahun depan ada lagi.
cuba dan cuba lagi.
Alhamdulillah,
Allah lihat usaha aku.

konklusinya,
bukan senang kita nak gapai sesuatu impian.
namu,
tidak mustahil untuk kita mengapainya asalkan kita berusaha dan jangan sesekali kita berputus asa.



Sunday 24 August 2014

teringat zaman itu.......

Salam semua kawan2 alam maya.
saya tidak kenal anda tapi saya tau anda wujud sebab hit saya bertambah.
loklak pulak aku ni, skema tiba2.
hahaha
salam semua.
again, bagi salam, semoga semua sihat sokmo deh.
kebun anggur aku tersangatlah luas.
jauh mata memandang katanya.
hampir dua bulan tamat belajar, In shaa Allah akhir september majlis konvo dan secara rasmi aku tamat degree.

4 TAHUN
empat tahun rasa sekejap sangat.
rasa macam baru semalam aku daftar U, potong barisan masa pendaftaran.
dulu aku rasa macam tak mampu nak habiskan 4 tahun tu,
maklumlah aku kena habiskan praktikal.
mula2 takut nak praktikal, tapi aku bersyukur dapat bos yang baik.
pastu aku kena wat FYP pulak.
risau jugak kalau FYP aku x berjaya.
Alhamdulillah aku menang silver untuk FYP tu.
jujur aku kata, bukan senang belajar kat U ni.
tapi, paling penting jangan mudah putus asa.
percaya pada Allah, keajaiban pasti muncul.

PERSAHABATAN
empat tahun aku bukan sekadar belajar engineering sahaja tetapi aku belajar dan mengenal erti kehidupan. PERSAHABATAN. aku masih ingat, ketika demam, sahabat lah yang jaga aku, bawa pergi klinik, paksa aku makan ubat, belikan aku makanan. yalah, mak ayah kita dok jauh, sahabatlah yang ada.

masa kita down, sahabatlah yang bagi semangat. jadi kaunselor kita.

aku banyak masuk pertandingan ketika di U. debat, pidato. bowling dan banyak lagi. setiap kali bertanding, pasti konco2 kelas aku datang bagi support. depa datang sebagai ultras, bagi sokongan padu. bukan sorang dua datang, tapi hampir 1 kelas, termasuk kaum bukan melayu pun datang support.

bila aku meniaga, kawan2 juga datang bantu, datang jadi customer. kalau barang x laku, kawan2 la yang jadi pembeli terpaksa, tolong aku.

masa dekat exam atau test, sama2 study group. aku ajar kau, kau ajar aku. tiada istilah aku pandai sorang diri.

indahnya ikatan persahabatan.

TIADA RASIS
sampai sekarang, aku masih tidak faham mengapa rasis menjadi satu isu. ketika belajar, kami tidak rasa ada jurang antara kami walau berlainan kaum. kami wat study group, dalam group tu ada cina, india. kami bertukar nota. 

bila ada majlis kelas, semua kaum join. ingat lagi majlis moreh yang kelas aku adakan, kaum cina, india, iban juga join. masa raya haji, kaum cina join kami ziarah rumah kawan2. masa raya cina, kami semua dapat limau. 

kami seronok berkawan dan bergaul dengan beza bangsa. jangan cari titik perbezaan tetapi temuilah titik persamaan.

AKHIR KATA
maafkan aku, aku perasan entri kali ni adalah huru hara, sekejap citer tu, sekejap cite ni. tatabahasa juga lingkup. susah nak gambarkan perasaan rindu ini. rindu zaman belajar. orang pernah cakap, kawan zaman belajar tak sama dengan kawan kerja. jadi, aku sangat rindui zaman belajar. kawan2, kita jumpa masa konvo nanti ya....... ^-^




Thursday 7 August 2014

Epal Ranum itu.....

Pejam mata dan bayangkan kita dalam sebuah kebun epal yang luas. Tuan punya tanah datang dan menghulurkan dua kotak berwarna coklat bercorak polkadot putih. Kotak pertama dibuka, dalamnya ada sepuluh biji epal yang telah rosak, busuk dan berulat. kotak kedua pula dibuka, dalamnya ada sebiji epal yang masak ranum dan elok rupanya. Yang mana satu pilihan kita?

Jika masih punya akal yang waras, pasti pilihan kita adalah sebiji epal yang ranum dan elok rupanya. Itulah analogi kualiti vs kuantiti. Kualiti itu lebih penting dari kuantiti. Ini tidak boleh ditidakkan atau dinafikan lagi. Dalam perniagaan, produk berkualiti yang akan menjadi rebutan. Pengguna sanggup mengeluarkan wang yang banyak demi mendapatkan produk yang berkualiti. Memang benar, yang tidak berjenama tidak semestinya tiada kualiti, namun kebanyakan produk berjenama menawarkan kualiti yang bagus.

Kualiti bukan sahaja dalam dunia perniagaan, malahan dalam kehidupan seharian seperti masa, ibadat, makanan, juga banyak lagi.

Maka, ayuh kita menjadi sebiji epal yang ranum. Bukannya menjadi epal busuk yang berulat.


Monday 4 August 2014

Salam Lebaran Salam Kemenangan

walaupun hari ini bukan lagi 1 syawal, namun aku tetap nak mengambil kesempatan dalam bulan syawal ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku susun sepuluh jari runcing ini, memohon ampun dan maaf. selagi aku bernama manusia, pasti ada khilaf yang menyapa.

aku ingin kongsikan ceritera 1 syawal. ketika itu aku dan keluarga bersolat hari raya di masjid yang terkenal di negeri aku. sangat meriah dengan baju raya berwarna-warna. biru, hijau, hitam juga pink dan banyak lagi warna lain. ketika khutbah raya, mata aku terpandang seorang kanak-kanak. saat yang lain segak berbaju melayu baru, dia hanya ber't-shirt' dan berseluar track sukan. dia hanya tunduk memandang lantai. aku rasa bagai ditampar. aku yang dewasa ini memakai baju baru tetapi kanak-kanak itu? dalam hati, aku cuba berfikiran luar kotak. mungking baju melayu dia basah? mungkin dia tidak suka pakai baju melayu? mungkin baju melayu dia koyak kena mercun? hakikatnya, ramai lagi yang susah dan tidak senang macam kita. maka, guna lah mata untuk pandang keliling kita. jika tidak mampu memberi, berdoalah pada Tuhan agar hidup mereka berubah.

juga jangan lupa tentang adik, abang kakak juga ayah ibu kita di Gaza. teruskan berdoa untuk mereka.


Sunday 20 July 2014

terselit onak

mutiara itu cantik,
namun perlu menyelam lautan dalam untuk mengutipnya

madu itu manis,
namun perlu tahan dengan sengatan lebah untuk mengambilnya

pelangi itu indah,
namun hanya hadir selepas hujan dan petir

p/s: tiada jalan singkat atau mudah untuk capai kejayaan. berusaha lah, Allah ada bersama kita. :)


Thursday 10 July 2014

Maafkan kami, Gaza

PUISI: Maafkan kami, Gaza

adik-adikku di sana,
abang dan kakak di sini memohon maaf,
kami tidak dapat mendakapmu saat kamu ketakutan,
kami tidak dapat menyeka air matamu saat masa riangmu dirampas,
kami tidak dapat menjawab soalanmu saat kamu menyoal di mana ayah? di mana ibu?

ibu dan ayah di sana,
anak-anak di sini memohon maaf,
kami tidak dapat meminjamkan bahu kami untuk dirimu menumpang rasa,
kami di sini leka dengan buaian dunia,
kami lupa punya ayah dan ibu di sana.

Gaza,
maafkan kami,
kami lena bermimpikan fantasi saat tidurmu dihujani resah,
kami hanyut dibuai keseronokan dunia kala rumahmu ranap dipijak musuh,
kami masih leka saat kamu dipijak, diragut, dihenyak rakus sang durjana.

Gaza,
kami itu bukan semua,
masih ada yang peka tentangmu,
masih ada air mata mengenangmu,
masih ada tangan yang menghulur bersama merasa,
masih ada punya tangan menadah meminta dari Tuhan.

Gaza,
berat mata di sini memandang,
berat lagi bahu di sana memikul,
setiap sujud pasti namamu ada.


Wednesday 2 July 2014

RISIKO

jangan ditanya tajamnya tanduk
andai tidak mahu disodok

Thursday 26 June 2014

DETIK-DETIK TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA

amboi-amboi.....
tajuk entri tak nak kalah...
hahhahaa
pejam celik pejam celik.....
jangan pejam tak celik2 pulak.....
4 tahun berlalu....
sungguh pantas......
bermula julai 2010
menjejak kaki ke dunia Universiti
rasa takut, gembira, gerun
semua bercampur jadi 1 rasa yang sukar diungkapkan
4 tahun aku belajar erti kehidupan

di sini aku kenal erti persahabatan
ada ikhlas
juga pura-pura
namun lakonan bukan selamanya
ada masa ia terungkai

aku belajar berdikari
ada sahabat menyokong dari belakang
memapah tika jatuh

aku bersyukur kerna ada ramai sahabat yang memahami
rasa sedih dan sebak bila ingin berpisah dari mereka
last day, aku dapat hadiah dari kawan2
ada juga member yang mitak alamat nak hantar hadiah, sebab x sempat bagi masa last day
aku rasa terharu sangat2
hadiah kalian adalah memori aku
aku akan simpan dan tatap bila rindu menusuk kalbu
hadiah kalian sangat ternilai bagi aku
aku harap kita dapat berjumpa lagi dan persahabatan kita akan kekal ke Syurga....

last day sebagai pelajar,
rasa lepas segala tanggungjawab
aku berjaya tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak, pelajar juga hambaNya

sekarang aku menghitung hari
hari konvo
pasti ada 1 rasa yang akan menjelma

ini sebenarnya permulaan kehidupan ke dunia dewasa
semoga aku tidak sesat dari jalanNya

-i luv Allah n Rasulullah-
-i luv my U life, my Frenz, my self and my family-





Tuesday 24 June 2014

PUISI: BINTANG BERJUTA

puisi kali ni sangat istimewa special marvellous bavellous
sume ada.
sebab?
sebab?
SEBAB?????????
aku tulis pagi tadi khas untuk sahabat aku.
sempena hari last kami belajar bersama.
aku dah habis DEGREE oi.......
kisah habis degree aku citer kemudian ya.
aku update dulu puisi ni,
n aku tahu teman, kau always update blog aku.....
puisi ni khas untuk kau.

PUISI: BERJUTA BINTANG

teman,
aku tahu kau kuat,
tetap utuh tak pernah retak,
dihempas badai ujian,
dilambung ombak dugaan.

teman,
aku tahu kau benar,
kendati masih ada membaling nista,
malah menjeling sinis.

teman,
tabahkan hati,
kuatkan perisai,
dunia depan masih banyak onaknya,
jangan pernah jauh dariNYA.

semoga kau jadi
bintang berjuta di langit impian.

Sunday 1 June 2014

PUISI KITA-( PUISI PALING SPECIAL SEBAB AKU DEKLAMASIKAN PUISI INI MASA DINNER KELAS)

panjang gitu tajuk entri ni,
ni puisi berjudul KITA.
aku deklamasikan puisi ini masa malam dinner 29/05/14
tentang malam dinner tu, nanti aku citer kat entri lain.
baiklah, ini lah puisi yang istimewa tu....

PUISI: KITA

aku ambil sehelai nota
aku coretkan secebis angan
aku lipat rapi
simpan dalam kocek impian

aku,
bukan seorang,
aku, kau
adalah KITA
semuanya ada helaian angan itu
tersemat rapi dalam dada

angan itulah yang membawa kita ke sini
untuk meneguk secangkir ilmu
menelaah buku kehidupan.

awalnya,
aku sangka,
langit merekah sinar selalu,
aku sangka pelangi sentiasa menyimbah warnanya,
aku sangka, senangnya melakar fantasi di kanvas realiti.

aduh,
mana mungkin pelangi sentiasa tergantung,
mana mungkin mentari bersinar selalu,
ada kala, petir menyambar,
merentap rasa, mengalir tangis.

tajam durinya,
menyeret rasa,
kaku, tersungkur, lumpuh, rebah.... itu biasa.

Kita lumpuh,
ada tangan yang memapah,
kita hilang arah,
ada tangan yang memimpin,
kita kudung,
ada tangan yang mengendong.

itulah SAHABAT,
aku, kau,
KITA,
adalah SAHABAT.

tatkala rapuh hati ini,
sahabatlah yang merawatnya.
tatkala kering rasa ini,
sahabatlah yang menyiramnya,
tatkala mengalir tangis ini,
sahabatlah yang menyekanya.

kini,
kayuhan kita mampir ke garisan penamat,
tiba di persimpangan bersiur,
berpisah kita di sini,
demi mengait sebut bintang harapan.

sahabat,
melangkah dan teruslah melangkah,
utuhkan kakimu, tegapkan dirimu
walau badai menghempas lalu,
walau guruh merentap rasa,
walau bumi merekah dua,
walau langit runtuh menghempap.

terbanglah,
lebarkan sayapmu,
petiklah bintang impian di langit 7,
jadikan keronsang indah buat ayah dan ibu.

Sahabat,
andai hari esok kita bersua lagi,
jangan kau lupa siapa insan ini.

Wednesday 28 May 2014

PENA aku bertatih di lembaran maya

bertatih pena mencoret tinta
sehelai lembaran maya menjadi wadah

celoteh duka juga suka
jadi lakaran dunia tanpa sempadan

bukan ingin mendabik dada
bukan terdesak mengadu simpati
cuma berkongsi kisah cerita

baik jadikan pedoman
buruk jadikan sempadan

batas kita terikat
tidak bertentang mata
tidak bersua muka

 namun aku tahu kau ada
setia membaca coretan aku

kalungan terima kasih aku kalungkan

andai aku lemah,
bantu aku, bukan aibkan

:)

Monday 26 May 2014

PRESENTATION OF PSM2

Assalamualaikum.
'x jwb dosa, jwb sayang'....... tiru tagline Maria Elena
hehehehehe

sahabat semua,
saya nak berceloteh tentang hari penting saya.
4 tahun belajar,
inilah hari penting.
22 mei 2014
saya ada presentation PSM or FYP
berdebar2 jantung ni
segala ilmu 4 tahun dicurahkan dan diterbitkan dalam final year projek
macam biasa,
aku tidur awal ( sekejap guna saya, sekejap guna aku....... jangan marah ea....)
aku kalau x cukup tidur, pasti otak jem n jadi blur
maka, ak tidur la awal
nak jadikan cerita, masa nak present, wire bateri untuk projek aku telah putus
nasib baik aku bawa solder iron
terus je solder dalam lab tu
orang lain ngah present, aku singsing lengan kemeja purple ak,
terus je solder
lecturer tegur aku,
"amboi siap solder ag,"
hahahahhaha
aku dah x kisah dah hilang macho ke apa,
janji project aku jadi
hahahahah
Alhamdulillah
Presentation going smooth
ni sume berkat doa mak, abah n fmly ak
also doa kwn2 aku
:)

Friday 23 May 2014

INOTEK

21/05/14
hari Rabu.
aku ada INOTEK.
apa itu inotek?
inotek adalah pertandingan innovation and technology.
pertandingan ini untuk final year.
seramai 367 pelajar menyertai inotek.
masing2 mempersembahkan yang terbaik.
juri terdiri dari 2orang.
seorang juri dari lecturer fakulti sendiri manakala seorang lagi dari lecturer fakulti lain atau lecture poli.
Alhamdulillah.
aku menang silver.
aku x sangka.
Alhamdulillah.
Tq Allah.
akhirnya berbaloi penat dan stress dgn FYP selama ini.
Anugerah ini sedikit sebanyak sebagai penghargaan terhadap penat lelah student wat FYP.


Thursday 22 May 2014

kisah Pak Cik Tukang Gunting

pada 20/05/14
bersamaan selasa
aku belajar pelajaran baru.
'kita semua pendakwah, bukan hanya ustaz atau ustazah'

aku singgah Mydin selepas hantar draft thesis kepada SV aku.
niat nak beli barang PSM dan gunting rambut.
maklumlah, keesokkanya aku ada INOTEK.

namun, kita hanya merancang.
Allah yang tentukan.
aku xtau macam man boleh lupa nak gunting rambut kat Mydin.
sampai rumah, baru ingat.
nak tak nak, aku singgah la kedai gunting rambut kat area rumah aku.

kedai tu baru buka.
tidak pernah lagi aku try.
aku ni susah nak try kedai gunting baru.

pertemuan petang itu antara aku dengan pak cik tukang gunting sebenarnya telah diatur oleh Allah.
setiap pertemuan pasti ada hikmah.

Sepanjang rambut ku digunting, banyak sangat ilmu yang aku dapat.

1. Pak cik berkongsi pengalaman dia belajar pondok. berkongsi ilmu agama. Banyak istilah2 yang aku kurang familiar tetapi sebenarnya banyak digunakan oleh pelajar pondok.

2. pak cik berkongsi tentang anak melayu di kampung area aku tinggal yang tidak mahu belajar mengunting rambut, tetapi lebih gemar lepak sana sini. akhirnya, warga asing yang buka niaga gunting rambut. Beliau cakap, gunting rambut ni peluang cerah, kalau tidak, xkan warga asing datang malaysia buka kedai gunting.

3. Pak cik gunting rambut aku sangat teliti. Pak cik tu betul2 nak customer berpuas hati dengan hasil kerjanya.

4. Sepanjang gunting rambut, pak cik tu kerap juga berzikir.

sekarang aku lebih mengerti., pak cik tu bukan ustaz tetapi, pak cik tu berdakwah kepada setiap customer yang datang. dan customer tersebut akan balik dan berkongsi dakwah pak cik tersebut. Wow!
pak cik, saya kagum dengan pak cik.

:)

PUISI FYP

BERSERAK AWAN TERGANTUNG DI ATAS
SURIA BENDERANG MEMADAM KELAM
PELANGI MENCELAH MENYAPA LANGIT
ANGIN MENCUIT MENGENDONG BAYU

HILANG BEBAN DIGALAS BAHU
BAGAI BATU DIJUNAM KE LEMBAH
BAGAI GUNUNG DITEBAS RATA
BAGAI HEMPEDU DISALUT MADU
RINGAN AKAL RIANG JIWA
HATI KETAWA BIBIR TERSENYUM

Saturday 17 May 2014

PUISI SEBENTAR TADI

sebentar tadi aku keluar
mengalas perut merawat dahaga
mamak baru di pusat bandar
kali pertama aku rasa

sebentar tadi adalah malam
malam larut tapi terang
lampu neon kalahkan bulan
mentari masih nyenyak beradu

mulut mengunyah mata melilau
kiri kanan aku pandang
lihat gelagat manusia sekarang

seberang jalan kedai melayu
gempita bagai garuda menyerang
muzik nyaring memecah malam
wanita menyanyi bergelek pinggul
pak cik tua menari sakan

aduh dunia!
makin hari makin sakit
tua tapi matang tidak
muda pula tersesat jauh
makin lupa siapa kita
makin hilang sifat hamba

sakit telinga aku dengar
sakit mata aku lihat

aku alih mata ke kanan
lihat pak cik tua tidur di jalan
mana anak? mana saudara?
sanggup biar dia sengsara

kini tanggang bukan dongeng
tanggang sekarang hidup moden
kejar harta tanpa sedar
bagai hidup x kan mati

aku penat mencerna kisah
niat hati ingin pulang
aku lambai dia datang
cakap melayu dia x faham
bukan mat salleh tapi nepal

gigih dia mencari fulus
dari nepal datang ke sini
di mana sahaja ada mereka

mana anak melayu sekarang?
jawapan ada di atas jalan
bunyi nyaring bagai kerikil
memecut laju bagai punya sembilan nyawa

aku penat mengerah otak
cari solusi cari punca

malam ini aku bukan mengalas perut
malam ini aku merentas masa
aku melihat siapa kita 30 tahun akan datang





Friday 16 May 2014

Puisi CAHAYA KEBAHAGIAN

melangkah terus melangkah
walau kaki makin longlai
walau lumpuh menyeret rasa

utuh berdiri teguh
teguh tetap utuh
walau digoncang taufan badai
tebas onak serta duri
rentas segala ranjau

terbang lebarkan sayap
petik bintang di langit tujuh
jadikan keronsang indah buat ayah dan ibu

16 mei

16 MEI.
Hari apa ya 16 mei?
kalau yang masih bersekolah pasti akan ingat tarikh ini.
masa ni lah guru yang garang akan jadi sporting.
masa ni lah bakat guru yang terpendam selama ini, dicungkil dan digali.
masa ni, kita lihat guru lelaki bermain bole sepak sambil berkain pelikat.
masa ni,guru perempuan bermain berebut kerusi.
masa ni,guru yang mempunyai suara lunak beradu vokal.
16 mei.
Sambutan Hari Guru.

namun,
habis sahaja spm,
ramai makin lupa tarikh 16 mei.
nasib baik ada muka buku yang mengingatkan.

Apa itu guru?
Guru sebenarnya profession.
manakala cikgu, Puan, atau prof adalah panggilan ataupun pangkat.
Guru pertama kita adalah ibu dan ayah.

kebelakangan ini,
banyak pula kes guru dipukul pelajar ataupun sebaliknya.

guru dipukul pelajar.
banyak berlaku kes seperti itu.
rasa hormat kepada guru mulai pudar dek peredaran zaman.
namun ia bukan pelik pada zaman sekarang.
Jika ibu pun berani diterajang, apatah lagi guru.
Tidak tahu di mana silapnya, anak sekarang jauh berbeza dengan anak dahulu.
Anak sekarang menganggap guru hanya sekadar profession.
rasa hormat sudah hilang.
namun bukan semua anak sekarang begitu.
hanya segelintir.

pelajar dipukul guru.
nila setitik, rosak susu sebelanga.
inilah perumpaan yang tepat.
ada kes guru memukul pelajar,
namun hanya segelintir sahaja,
tetapi terus sahaja masyarakat meletakkan label bahawa semua guru adalah begitu begini.
Adalah tidak adil melabel semua guru begitu.
tanpa guru, siapalah kita sekarang.
guru juga manusia.
ada kala berbuat khilaf.
namun bukan semua begitu.
hanyalah sekelumit.

masa sekolah rendah,
semua murid memberi hadiah.
masa sekolah menengah,
hanya ucapan jadi hadiah.
masa universiti,
hari guru sudah lupa.

banyak-banyak cikgu,
pasti akan ada sorang yang jadi guru kesayangan kita.
begitu juga aku.
She is cikgu Jijah.
Beliau ajar aku form 1 dan juga form 3.
beliau ajar subjek sejarah.

aku x suka sejarah tapi kerana beliau mengajar, aku jadi minat sejarah.
kami memang sangat rapat.
berkongsi hobi yang sama, iaitu suka tengok kartun shin chan.
walau sudah 5 tahun aku tinggalkan alam persekolahan,
tetapi aku tetap bertanya khabar,
tidak pernah terlepas aku wish bday dan hari guru.
aku sayang beliau kerana beliau seorang yang sangat memahami pelajarnya.
beliau banyak membantu.
beliau mendidik bukan mengajar.
sedang aku taip ini,
baru je lepas sms beliau.

namun, aku sayang semua cikgu aku,
tapi dalam ramai2 pasti ada yang paling kita sayang.
bukannya aku memilih,

heheheheheheh
apapun,
selamat hari guru kepada ma dan abah yang juga guru secara profession,
juga kpd cg JIJAH dan semua cikgu,
also cg yang x formal,
jasa kalian, hanya Allah yang mampu balas.

PUISI GURU BUKAN LILIN

Guru bukan lilin
menerangi sambil terseksa
makin terang, makin derita

Guru bukan lilin
ada masa padam cahayanya

Guru itu mentari
cahaya tidak pernah padam
Siang menjelma
malam masih menyuluh

Guru itu mentari
menyebar manfaat tanpa memilih

memberi tanpa meminta
berjuang dalam ikhlas
mendidik anak bangsa
agar menjadi 'manusia'

segunung emas tidak terbalas jasanya
seluas lautan tidak terhitung jasanya
cukuplah sekadar mengingati
berdiri kita kerana adanya seorang guru




Monday 12 May 2014

PUISI-AKU MENCARI KEKUATAN

mata aku kuyu
bagai pohon menyembah bumi

langkah aku longlai
bagai pohon digoncang angin

lemah menjerat diri ini
layu bagai pohon tua menanti masa

Ya Allah,
aku hambaMu,
berikan aku kekuatan,
menebas onak duri,
merentas ranjau liku.

Aku mecari kekuatan dalam doa
Putus asa bukan aku
Masih melihat walau kuyu
Terus juga melangkah walau longlai

Berikan aku kekuatan

Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Saat aku menaip ini, adalah masa 'take 5 ' aku.
Aku berehat sekejap dari study untuk test IC DESIGN esok.
Tepat 5 petang esok, aku ada test IC DESIGN.
1 jam test tersebut.
1 jam yang bakal memberi impak besar terhadap hidup aku.
Mata aku layu dan otak aku penat.
Aku tarik nafas sekejap, melepaskan lelah.
Semalam dan hari ini adalah hujung minggu yang memenatkan.
Bermula 8 pagi sehingga 5 petang,
aku ada Oil n Gas Talk.
Petang tadi, tepat 5 petang, tamatlah talk tersebut.
Bermula 9 malam tadi, aku bertungkus lumus ulangkaji 2 tajuk untuk test esok.
Walaupun 2 tajuk, namun ia sukar.
Alhamdulillah, aku study group dan dengan izin Allah, otak aku mudah cerna setiap yang belajar.
Sekarang, ada 30% lagi belum 'dicover'.
Semangat mula pudar dek mata mula malas,
namun hati masih cekal.
Jika malam ini aku bersenang lenang, menangislah aku esok.
Biar derita sedikit untuk kecapi bahagia esok.
Doakan aku dan kawan2 aku dapat jawab dengan baik, betul dan cemerlang.
Test esok penilaian di dunia. Itu pun aku sudah gelabah.
Bagaimana pula penilaian di dunia sana?
Dunia yang tidak boleh ambil repeat paper.
semoga kita semua ahli syurgaNya.
Amin.
:)

Friday 9 May 2014

PUISI MASA

masa,
penat aku mengejarmu
atau aku dikejarmu

masa,
kau memecut tanpa henti
hilang tidak mungkin kembali

12 bulan setahun
24 jam sehari
sama rata merasainya

aku mencari keberkatan dalam masa
agar 24 jam aku menjadi 48 jam
agar 12 bulan menjadi 36 bulan

masa itu bagai pedang
masa itu ibarat emas
masa itu sebenarnya nyawa

setiap detik masa berlalu
semakin hampir kita kepadaNya
bersediakah kita berjumpa denganNya?


BISNES VS MASA

Kata Nabi, 9/10 punca rezki adalah dari perniagaan.
Aku baru je lepas godek2 fb.
Ramai member niaga on9.
Seronok rasa hati ni tengok mereka niaga.
Tengok mereka post gambar2 yang dah siap packing.
Hati ni melompat nak meniaga sekali.
Tapi masa x mengizinkan.
Sekarang bukan masa yang tepat kerana bulan ini adalah bulan paling sibuk aku.
Bisnes banana split dan air float pun dah dihentikan kerana aku sibuk sangat.
Cukup dah duit perniagaan tu nanti untuk kami berdua print thesis kami.
Dalam masa 20 hari, aku ada
2 assingment beserta report dan presentation
1 thesis
1 long repot
2 hari kena hadir oil n gas talk
PSM or FYP presentation
2 test

Dalam masa yang sama juga, aku kena menguruskan dinner kelas.

Alhamdulillah, ini adalah rencah kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku yakin ALLAH ada membantu aku.

Bisnes tu nanti, aku akan mula dengan serius selepas graduate nanti.
Doakan aku ya kawan2 semua.
:)

p/s: Doa kepada Allah agar diberi keberkatan masa

Tuesday 6 May 2014

DENDAM KESUMAT

Iri hati punca hati tidak tenang.
Begitu juga dendam.
Ubat dendam adalah memaafkan.
Ubat iri hati adalah bersyukur.

huraian puisi -AKU MASIH UTUH-

Tidak perlu mengatakan aku benar dan dia salah.
Tidak perlu mengkritik agar 1 dunia tahu.
Kerana 1 dunia memang tahu siapa benar dan siapa salah.
Bibir adalah wacana menipu namun mata tidak mampu menipu.
1 dunia punya mata yang masih mampu melihat mana putih dan mana hitam kelodak.
Diam.

PUISI-AKU MASIH UTUH-

Aku masih berdiri
tersenyum tiada reaksi

walau kau tolak sepenuh tenaga
namun aku masih utuh
tidak pula goyah
tidak beralih walau seinci

kau menyalak mengatakan kau benar
kau mencanang mengatakan aku salah
kau beritakan kepada 1 dunia
kau rasa kau manusia sempurna

aku masih sama
tetap diam
tiada reaksi
kaku bagai patung
diam bagai bisu

aku bukan berdiri sendiri
ramai di belakang aku
setia di sisi tidak berganjak

setiap katamu ditepis mereka
mereka bukan buta
masih celik



Saturday 3 May 2014

delivery of banana split n float

hari ni entry sal niaga lagi. biasalah, hari minggu kan hari aku cari duit.
minggu ni kami silap percaturan.
hanya gerai kami je buka.
dari hampir 20 gerai yang patut ada, hanya gerai kami je buka.
customer pula x kunjung tiba.
aku tepuk dahi.
"Adoi, budak ramai balik la minggu ni sebab khamis cuti hari pekerja, jadi diorang sambung cuti 4 hari terus"
maka, dari jam 5 sampai 7, hanya seorang je customer.
tu pun brader yang suka borak dengan kami,
yang keja kat asrama tu, maybe dia kesian tengok x ada customer,tu yang dia beli.
aku garu kepala.
aiskrim beli banyak gak, pisang pula x terusik.
pastu member aku bagi idea, suh wat banana split delivery.
kami call sume member n offer diorang suh beli.
Alhamdulillah, kami dapat la habiskan juga pisang.
penat tapi puas.
can u imagine, g rumah ke rumah,
buka bonet n cedok aiskrim, potong pisang
All done in car
hahahaha
Alhamdulillah, rezeki Allah ada di mana2
kita perlu usaha dan jangan malas
Allah pasti bantu kita
:)
today is the awesome day.

Tuesday 29 April 2014

Luaskan Empayar

Salam sume.
Hope korang bahagia sentiasa.
Luaskan Empayar.
Amboi tajuk entri kali ni, xmau kalah.
hahahaha
Nak coret cerita aktiviti hujung minggu lepas.
Jumaat niaga macam biasa kat Arked Lestari.
Cuma hari sabtu dan ahad kami join meniaga kat Bunga Raya Karnival.
2 hari dengan sewa tapak RM25 untuk pelajar.
Kami mengambil risiko dengan mencuba tapak baru.
Alhamdulillah.
Ramai yang membeli banan split dan juga air float kami.
Penat tapi bahagia.
Karnival tersebut ada pelbagai aktiviti.
Aku dan member aku join sukaneka.
Paling kelakar, tiup tepung cari gula2.
Makan tepung beb.
Muka dah macam hantu jepun dah.
Sangat best.
Pengalaman aku dapat sepanjang dua hari banyak.
Aku nak list yang paling meninggalkan kesan dalam hidup aku.

1. KASIH SEORANG KAKAK

aku lihat dua orang budak perempuan mundar mandir depan gerai kami. comel sangat. kakak dia mungkin berumur 4 tahun dan adik dia umur 3 tahun. tu yang aku rasalah. aku suruh member aku bagi dua batang stick wafer kat diorang. kakak dia xmau ambik tapi adik dia ambik. terus je kakak dia suruh adik dia bagi balik stick wafer tu. nada yang tegas, kakak dia ingatkan agar jangan terima pemberian orang yang tak kenal. lepas tu, terus kakak dia seluk poket dan bagi rm2 kat adik dia untuk beli apa sahaja. Tegas dan protective. terus niatakan dalam hati, nak anak aku macam ni 1 hari nanti. melindungi antara satu sama lain, bukan saling berdengki. Amin....... 'dah pikir pasal anak walau x ada calon lagi' hehehehe

2. SENTIASA UPDATE FOR IMPROVEMENT

dalam bisnes ni, apa yang aku lihat sepanjang meniaga. kita kena sentiasa update produk kita. kita kena tau market dia macam mane, kena improve kualiti produk dan juga selalu wat iklan dan promosi.

setakat ni dulu coretan aku. nanti aku citer lagi. ada hal ni........

jumaat ni niaga kat Arked Lestari balik......

Saturday 26 April 2014

sambungan terlebih terover terlalu YAKIN

Tepat 9 pagi, aku menyising lengan.
Aku membuka langkah silat di medan dapur.
Buku resepi aku tatap.
Tepung aku uli dengan penuh kasih sayang.
Aku bentukkan doh menjadi rupa sebiji donat.
Namun donat tak muncul.
Beberapa percubaan hanya gagal.
Donat ala2 big apple hanya tinggal impian.
Hancus donat aku wei.......
Last2 aku gentel jadi macam fishball.
Aku goreng n celup coklat.
Aku renjis cip rainbow.
Siap.
Tapi donat aku keras.
Adoi, aku x jual kot donat tadi.
Aku jadikan ia hadiah percuma kepada pelanggan aku.
Xsampai hati nak jual.

Sekarang aku belajar benda baru.
Yakin itu penting tapi jangan over confident.
Percubaan pertama x semestinya menjadi.
Kena cuba banyak kali.

Donat ala2 big apple aku menjadi donat ala2 fishbal.
hahahahahhahahahaa

Esok aku nak niaga banana split dan air float je.
Kita niaga benda yang kita mahir jelah dulu.
Its a good thing to take a risk.
But for now, just take a safe action.
Nanti lingkup bisnes aku.

Doakan aku dan bisnes berjaya ya.
1st kejar keredhaan Allah pastu baru pikir untung.
:)

Thursday 24 April 2014

terlalu terlebih terover YAKIN

Aku tambah menu lagi dalam bisnes aku. Sebelum ini, aku jual Banana Split. Pastu, aku tambah air float dan buah potong sebagai menu baru. Air float dapat sambutan hangat tetapi buah potong tak laku. Minggu ni aku tambah Donat ala2 big apple sebagai menu baru. oh, lupa nak habaq. Aku niaga hanya hari jumaat, sabtu dan ahad.

Wat donat ala2 big apple? Are u serius? Yes, I am.

Konfiden giler, padahal aku tidak pernah wat donat. Hanya tahu makan je. Resepi aku mitak dari Kak Ita yang baik hati. Pagi esok aku akan buat. Pagi esok baru tau menjadi ke x donat ala2 big apple aku tu. Konfiden nak wat donat canggih manggih padahal jari ni tak pernah pun uli tepung wat donat.

Konfiden tu penting. Kalau aku x mula hari ni wat benda baru, sampai bila aku nak bersila di takuk lama. Baik aku redah je. Mulakan dengan doa dan tawakkal. Uli dengan kasih sayang. hahahhahaha

Aku harap donat aku esok jadi sejibik macam ni.

aku cedok dari google je image ni


NAZALI NOOR-sumber inspirasi aku

NAZALI NOOR seorang pensyarah kanan di John Moores University. Beliau ialah penulis buku ULU YAM DI LIVERPOOL.

Kenapa dia menjadi sumber inspirasi aku?
- Buku tulisannya berjaya memberi aku 1 rasa. Rasa yang sukar aku gambarkan. Aku pasti sesiapa yang membaca buku tersebut pasti mendapat rasa ini.
- Beliau seorang yang berani mengejar impian walau banyak halangan menduga.
- Beliau anak Malaysia yang berjaya.

Aku akan menjadikan beliau sumber inspirasi aku yang paling utama selepas Rasulullah, ayah dan mak aku.

ULU YAM DI LIVERPOOL

Alhamdulillah.
Semalam aku berjaya habiskan buku Ulu Yam di Liverpool.
Buku ini aku pinjam dari member aku.
Aku sering dengar tentang buku ini, cuma tidak pula terasa ingin membacanya.
Hati aku bertambah lonjak nak membacanya apabila aku dapat tahu buku ini menduduki takhta tertinggi di rangking kedai buku. Rangkingnya bertahan lama. Ketika aku menulis ini, buku ini masih berada di rangking 10 terlaris di beberapa kedai buku. Aku menjadi tertarik untuk membaca buku ini dan mengetahui dengan jelas kenapa buku ini menjadi 1 fenomena terutamanya dalam kalangan pembaca LELAKI.

Kebetulan member aku menghulurkan buku ini kepada aku. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.

Baiklah, biar aku bercerita sedikit tentang isi kandungan buku ini. Buku ini tentang anak kampung yang mempunyai impian besar. Impian yang sangat besar. Budak kampung ini sering ditertawakan kerana impiannya tidak masuk akal. Namun, semangatnya tidak pernah pudar. Walau kadang-kadang hampir mengalah, beliau tetap bangkit kerana mendapat sokongan mak dan ayah. Beliau terus mengejar impian tanpa membiarkan 'pencuri impian' mencuri impiannya. Kata-kata sinis membakar semangatnya. Jalan menuju ke puncak bukan senang. Bermacam halangan dan ujian. Namun dia percaya kepada kuasa Allah. Dia percaya dia mampu. Akhirnya, impian dia tercapai. Malah, dia mendapat ganjaran lain berlipat ganda. Itulah hasil dari sabar, usaha dan doa. Hari ini, dia telah berjaya mencantas kata-kata sinis yang memperlekehkan impiannya. Apa impiannya? Dapatkan buku ini di pasaran.

aku ambik dari pak cik google gambar ni


Buku ini memberi inspirasi dan motivasi kepada aku. Tidak salah to have a big big big dream. Let them laugh at you. Jika orang kata kita gila, bermakna impian kita adalah luar biasa. Hidup kita singkat. Ayuh jadi orang luar biasa yang memiliki impian luar biasa. Buku ini banyak sangat memaparkan elemen kekeluargaan. Pengorbanan ibu dan ayah untuk anak-anaknya.

 Nikmat memberi. The power of gift. Kita akan berasa bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain. Itu fakta. Itu fitrah.

Paling menarik, seseorang yang sanggup keluar dari zon selesa demi mengejar impiannya. 

Sangat banyak isi bernas dalam buku ini. Buku ini KISAH BENAR. Bukan khayalan atau fantasi. Its reality. Budak Ulu Yam ini pun manusia biasa macam kita. Jika dia mampu, kita juga mampu.

Bacalah buku ini. Anda akan dapat rasa keikhlasan dalam buku ini. Bait ayat pasti akan menjentik emosi dan menaikkan semangat anda. Tidak rugi kita membaca. Jadikan kisah ini sebagai pencetus dan pemangkin kejayaan ini. Semoga 10 tahun akan datang, akan terbit 100 buah lagi atau lebih buku seperti ULU YAM DI LIVERPOOL.







Wednesday 23 April 2014

PUISI HATI

senyumlah walau kelat mencium bibir
melangkahlah walau kaki lumpuh kaku

bukan mudah merawat hati
hati pecah dicantum kembali
masih jelas retaknya

bukan mudah memujuk hati
hati tawar tidak bergula
pahit kelam tidak terperi

ayuh jentik kotak akal
sampai bila hati harus merana?
sampai bila senyum terus kelat?

Tadbir dan Takdir

Tadbirlah kehidupan sebaik mungkin. Yakinlah TADBIR yang baik pasti Allah limpahkan dengan TAKDIR yang indah.

Aku curi ayat kat atas dari buku ULU YAM DI LIVERPOOL karya Nazali Noor. Nanti ada masa, aku ceritakan tentang buku ni. Aku sekarang sedang baca buku ni. Bila dah habis baca, aku akan update tentang buku ni ya.

Tuesday 22 April 2014

Lawatan Industri

Tepat 7.31 pagi aku tercegat di lobi fakulti. Ber'T-shirt' hitam disaluti jaket makmal. Bas biru tersergam indah. Sudah ramai memenuhi perutnya. Aku naik. Senyuman dilempar kepada semua teman. Hati girang KERANA hari ni adalah lawatan industri. Yay!!!!

Hari ni lawatan ke kilang coca-cola di Nilai, negeri 9. tepat jam 10 pagi kami sampai. Taklimat diberi. Juga, kami dibawa melawat kilang. AMAZING! 

Aku selalu tengok dalam TV atau U-tube je aktiviti2 kilang ni. Sekarang tengok depan mata segala prosesnya. Amat berkait rapat dengan subjek sem ni, iaitu Automation. Tengok real conveyer, teringat conveyer yang aku buat sebagai asggment. 5 hari kot dok terperap dalam lab dari pagi sampai petang. Susah kot bab coding2 ni. Aku bukan terer bab coding. Bila tengok real conveyer, wow! sangat2 teruja. 

Lepas tu ada jamuan, dan lawat mini muzium. Paling best, ambik gambar ramai2. hahaha.
ada juga yang bawa balik banyak tin air coke.

p/s: aku tau ramai sensitif bila sebut coke. ramai boikot coke. aku ke kilang coke untuk belajar bukan bermakna aku sokong kilang coke. :)

PUISI: LIDAH

PUISI: LIDAH

Lidah,
pisau yang menyiat setiap jiwa
menghiris tanpa kasihan
luka tanpa darah

Lidah,
bayu yang mendamaikan
jiwa jadi tenang
lunak jiwa mendengarnya

Bukan salah lidah
tapi HATI!
hati yang mengarah lidah

Hati putih, bersihlah lidah
hati berkarat, berkelodaklah lidah

baik diam dari lancang
setiap lafaz dicatit
kiri kanan jadi saksi
setia mencatit tanpa alpa

Jaga lidah! Jaga lidah! Jaga lidah!
kerna ia menjadi saksi di dunia sana.


PUISI :CUMA


PUISI: CUMA

Aku cuma ingin berpesan
Dunia ini sementara cuma
Alam kubur sendiri cuma
Cuma amalan jadi peneman

Aku cuma insan biasa
Cuma berkongsi bukan meninggi

Sunday 20 April 2014

aku gila BUKU

aku memang suka buku.
buku tu jambatan ilmu.
siyes.
aku suka sangat2 buku.
sume kawan aku tau aku suka buku.

pagi tadi,
aku g big wolf punya pesta buku.
sangat meriah.
ramai orang.

aku banyak koleksi buku bahasa melayu.
pesta buku ni jual hampir 90% buku english.
dah la sale dia gila2,
kali ni aku nak cuba baca buku english lak,
ya la,
nak improve my language.
aku borong 9 buah buku sekaligus.

aku p dengan member aku.
dulu, aku sorang je gila buku.
sem lepas baru jumpa member yang sama gila buku.
best kot.
leh la kami tukar2 buku.
tapi, gila buku kami, x ada la kami jadi budak nerd.
kami pun berhangout juga.
tengok bola, main boling juga.
bukan 24 jam dengan buku.

aku selalu kena sindir bila beli banyak buku,
habis ke nak baca buku tu?
aku cuma diam.
smile is the best answer.
x perlu jawab.
aku baca buku, aku dapat ilmu.
aku x baca buku, aku x dapat ilmu.
that easy.
u do what u want not others want.

aku beli buku,
aku simpan dulu,
bila ada masa aku baca,
at least is better than x beli buku n x baca buku.



BISNES niaga

salam semua.
aku mula niaga masa umur enam tahun.
beli 1 pek tisu muka yang harga 20 sen.
aku paksa family aku beli.
hahahhahaa

masa aku form 4, aku jual samosa.
laku sangat.
aku jual kat cikgu dan budak kelas.
tapi, aku dapat gelaran MAMAT SAMOSA.
terus je aku stop agar 1 sekolah x panggil aku mamat samosa nanti.

masa form 5, aku jual gula2 dan kek gulung.
dapat la untung bersih RM100 sebulan.
masa tu, RM100 rasa amat besar kot.
tapi aku jual sekjap je sebab nak fokus SPM la kononnya.

masa matrik, aku mula wat bisnes secara berpartner.
kami 3 orang.
jual perfume dan supliment.
perfume laris giler.
lebih laris dari goreng pisang panas.
tapi suplement tak laku.
mungkin mahal.
habis matrik, habis la bisnes tu.
dapatlah untung sikit2.

aku mula meniaga di U masa tahun 3
aku jual roti sardin dan roti sosej
aku letak nama roti aku, roti OMBAK RINDU
masa tu citer OMBAK RINDU tengah femes.
filem OMBAK RINDU femes, tapi roti OMBAK RINDU x laku.
:(

finally, pada 18/04/2014
aku niaga kat bazar student kat U aku.
aku jual banana split dan air float.
aku share tapak dengan member aku.
paling kelakar bila dapat 1st customer.
muka member aku shiny giler.
sama macam muka aku.
hepi giler.

aku mula2 takut nk wat bisnes.
takut rugi, rasa malas dan macam2 takut lagi.
lepas dah laris jualan,
rasa puas sangat.
hari ke-2. tutup kedai awal sebab laris jualan.
Alhamdulillah.
kita manusia kena ada usaha.
Allah pasti bagi rezeki.
doa jangan putus.

aku tengok wajah2 kawan aku yang lain yang turut serta berniaga.
dalam hati aku berkata,
"pasti wajah2 ini akan menjadi orang berjaya esok"
sebab apa aku cakap macam tu?
diorang sanggup lawan rasa malu, malas
diorang sanggup berkorban masa tidur, masa fb
diorang lari dari zon selesa
there are, my friends
hari ni kita meniaga kat bazar,
esok tak mustahil kedai kita ada di setiap mall besar dunia!


Tuesday 25 March 2014

AKU JUGA MENANGIS

lidah aku lazat menikmati nasi ayam
selesai nasi, aku hirup air nescafe O ais
aku paling muka ke TV
PM berucap dalam bahasa inggeris

aku amati dengan teliti ungkapannya
sukar untuk aku terjemah
suasana bising di kedai menghalang aku

aku bingkas bangun dan balik ke rumah
aku buka facebook untuk cari berita
untuk baca cerita

'TERHEMPAS'
perkataan pertama yang menculik fokus aku
menculik ketenangan aku
merabak hati aku

aku pasang kembali video pengumuman tadi
PM berkata berakhir
bukan terhempas

harapan masih ada walau tipis
doa jangan putus

dinding muka buku dibanjiri cerita MH370
air mata aku tidak dapat di tahan
aku juga menangis
walau aku tidak pernah kenal isi dalamnya

bukan aku seorang
ramai lagi menangis
berkongsi rasa
berkongsi hiba

aku berdoa agar keajaiban berlaku
mata aku tidak dapat lelap
masih berharap dan terus berharap
menunggu sahih di hari esok


Saturday 1 March 2014

kembali setelah sepi 3 bulan

hari ini 1 march 2014.
paling last aku update 16 desember 2013.
hampir 3 bulan blog aku tidak ber'update'.
banyak nak bercerita.
namun hari ini nak bercerita tentang kejadian hari ini.
pagi ni aku joging.
satu round sudah pancit.
lama kaki aku tidak berjoging.

tengah hari tadi keluar makan dengan 2 orang member lama.
kami berkawan sejak matrik.
berkawan rapat.
borak hampir 2 jam lebih.
banyak ilmu dapat.
perkongsian pengalaman.
sangat seronok.
semoga persahabatan kita kekal ke syurga.
amin,
:)