Saturday 31 December 2016

MAGNET DIRI oleh Saudara Amin Idris

Salam buat pembaca blog ini. Buku yang aku ingin kupas hari ini adalah karya saudara Amin Idris. Siapa tidak kenal saudara Amin Idris? Seorang pengacara yang petah dalam berbicara juga pakar motivasi yang terkenal.

Buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ini adalah buku yang mengajak dan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya.



Buku ini mengetengahkan dan mengupas pelbagai formula untuk menjadi seorang yang berpengaruh.

Buku ini juga mengupas sifir 'INFLUENCER' yang dibicarakan oleh John C. Maxwell dalam buku beliau: Becoming a Person of Influence

I: Integrity with people
N: Nurtures other people
F: Faith in people
L: Listen to people
U: Understands people
E: Enlarges people
N: Navigates for other people
C: Connects with people
E: Empowers people
R: Reproduces other influences

Banyak lagi isu dan formula menarik yang dikupas dalam buku ini. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Ingin menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya? Dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan.

Monday 26 December 2016

PUISI: MONOLOG

PUISI: MONOLOG

Aku lihat sekeliling

Aku pandang kiri dan kanan

Aku ingin menjadi seperti mereka

Namun aku bukan seperti mereka

Mengapa ingin jadi buih?

Bukan mutiara?

Sabarlah duhai hati.

Seorang tidak bermakna salah.

Ramai tidak bermakna benar.


Sunday 25 December 2016

PUISI: WARNA

PUISI: Warna

Aku bangkit dari mimpi,
jingga menyinar di ufuk timur,
unggas menyanyi girang,
bertebangan bebas menari riang,
hijau melambai manja,
angin menyapa mesra,
awan bahagia berarak,
sungai mengalir laju,
mengejar muara,
tempat bermain anak keli,
indah nian pemandangan ini.

Namun,
hatiku gusar celaru fikiran,
mampukah ia bertahan?
mampukah generasi akan datang menikmatinya?

Teman-temanku,
bayangkan suatu hari nanti,
jingga bertukar merah,
unggas patah sayapnya,
hijau layu menyembah bumi,
angin mendengus,
awan hitam berarak,
sungai mengalir lesu,
anak keli hilang pedoman.



Tidak! Tidak!
ngeri aku bayangkan,
teman-temanku,
sebelum bumi tersungkur rebah,
sebelum bumi terus dinodai,
bangkitlah kamu,
bangkitlah! Bangkitlah!
pertahankan hak anak cucu kita.
semoga bumi terus tersenyum.


Saturday 24 December 2016

PUISI: MENGAPA MESTI AKU?

PUISI: Mengapa mesti aku?

Mengapa mesti aku?
Dibalut surat khabar lama,
dibuang dalam neraka sampah,
digonggong anjing.

Mengapa mesti aku?
Dilahirkan dari nafsu serakah,
dilahirkan dari cinta palsu.

Mengapa mesti aku?
Dibuang ibu,
dibenci ayah.

Mengapa mesti aku?
Tidak sempat melihat dunia,
tidak sempat mencium ayah dan ibu.

Mengapa mesti aku?
Menjadi mangsa nafsu serakah,
suara simpati aku tiada didengar,
rintihan aku,
tangisan aku.

Mengapa mesti aku?
Terbiar dalam tong sampah.

Friday 23 December 2016

SEPARUH MASA

Assalamualaikum pembaca penainsanbiasa. Terima kasih sebab sudi baca tulisan aku yang tak seberapa dan tolong ambil yang baik baik sahaja ya, yang tak baik jangan ambil. Berkurun aku tak berceloteh, mungkin aku lebih selesa berbica dengan puisi.

Suami separuh masa? Macam tajuk drama pula. Bukan suami separuh masa tetapi pekerja separuh masa, bahasa mudahnya: kerja part time.

Aku adalah manusia yang pernah kerja part time semasa belajar. Ramai pelajar yang wat part time sebab nak duit lebih, nak bayar yuran dan nak cari pengalaman.

Aku kerja part time secara tidak sengaja. Tahun 2012 semasa aku tahun dua di universiti. Masa tu, bestfriend aku tengah cari kerja, so aku tolong carikan. Bila jumpa, dia ajak aku interview sekali. Aku pun ikut la, tak tau kenapa aku ikut. Mungkin aku nak cari pengalaman atau saja suka suka? Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tersebut. Kerja pejabat ka? Uish... tak layak nak kerja pejabat. Aku kerja sebagai orang yang jual aiskrim kat sebuah pasaraya besar. Aku kerja shift, shift aku adalah jam 6 petang samapai 11 malam. Manakala hari minggu pula, jam 8 pagi sampai 11 malam.

Jujur aku cakap, kita kena keluar dari zon selesa kita dan baru kita kenal dunia. Aku jumpa pelbagai jenis manusia. Aku belajar banyak benda. Pengalaman itu mendewasakan kita.

Pelajaran terganggu? Bagi aku, pengurusan masa itu penting. Kau tak nak kerja sebab takut affect pelajaran kau tetapi balik kelas kau tidur dan malam kau layan dota atau movie.

Dapat banyak duit? Alhamdulillah, seronok sangat bila dapat duit sendiri dan aku lebih tahu nilai duit. Nak beli benda bukan bukan pun sayang.

Kelebihan lain? Lepas universiti, kau boleh tulis pengalaman kerja kau kat resume. bakal majikan akan nampak kau sebagai seorang yang berani, berdikari dan pandai menguruskan masa.

Bahaya? Bagi aku, perempuan agak bahaya bekerja shift malam dan tidak berteman. sebelum mulakan kerja, survey dulu kawasan dan masa bekerja.

Lagi? Maaf dengan celoteh aku dan karangan aku yang tiada plot menarik. Salam Jumaat semua.

PUISI: TAMAT

PUISI: TAMAT

tali laut tinggi
bukan caranya
simpulan pasti ada leraian
perlu masa juga akal

gelojoh
fikir kamu pendek

wahai manusia benar
apa kau buta bisu kudung?
pinjamkan sekejap hati kau

wahai manusia ghaib
kau menyorok di balik tabir
tepuk dan carut jadi sebati
bagai kau punya sayap

aku yang menulis
tidak punya sayap
tapi masih punya mata

Thursday 22 December 2016

151216 - Tamatnya sebuah buku

PUISI: 151216 - Tamatnya sebuah buku

lembaran demi lembaran
aku tulis
aku lakar
aku lukis
juga, aku conteng

buku itu buku pertama
setelah aku melangkah ke dunia dewasa

aku sayang buku itu
banyak cerita juga kisah
manis, pahit dan masam,
aku campur semua rasa

aku tahu tiada buku tanpa penamat,
namun tidak aku sangka,
secepat ini buku aku ditamatkan

aku,
penulis buku itu,
aku juga yang tamatkan kisah itu.

aku simpan buku itu dalam hati,
tidak akan aku jual juga pamer,
kerna buku itu hanya untuk aku.