Monday 16 December 2013

puisi : KAYUH

aku mengayuh
kadang perlahan
kadang laju
kadang terhenti
kadang terjatuh

namun aku terus mengayuh
kerana aku tahu garisan itu ada
garisan penamat menanti aku

dalam kayuhan aku melihat dunia
aku belajar karenah manusia
aku belajar menjadi siapa aku selayaknya

dalam kayuhan pernah tersungkur
pernah aku ingin menghentikan kayuhan
pernah ingin berpatah balik
tetapi itu aku tepis
aku tangkis walau kadang aku tidak berdaya

aku ada Allah
Dia temani aku sepanjang kayuhan
walau terkadang aku lupakanNya
namun,
Dia tetap sayang akan aku

aku ada ma dan abah
aku ada kak dan 2 adik
menyokong aku tanpa jemu
menegur aku tika khilaf
menerima aku seadanya

aku ada teman
berkongsi suka dan duka
papah ketika aku jatuh
ketawa ketika aku senyum
menangis ketika aku duka

kayuhan tetap kayuhan
aku mengayuh dan mengayuh
terus mengayuh

garis penamat makin hampir
namun aku sedar
jejak ke garis penamat bermakna jejak ke garis permulaan
permulaan dunia yang baru
kayuhan tetap diteruskan
mengayuh sehingga menutup mata



No comments:

Post a Comment