Monday 16 December 2013

puisi : KAYUH

aku mengayuh
kadang perlahan
kadang laju
kadang terhenti
kadang terjatuh

namun aku terus mengayuh
kerana aku tahu garisan itu ada
garisan penamat menanti aku

dalam kayuhan aku melihat dunia
aku belajar karenah manusia
aku belajar menjadi siapa aku selayaknya

dalam kayuhan pernah tersungkur
pernah aku ingin menghentikan kayuhan
pernah ingin berpatah balik
tetapi itu aku tepis
aku tangkis walau kadang aku tidak berdaya

aku ada Allah
Dia temani aku sepanjang kayuhan
walau terkadang aku lupakanNya
namun,
Dia tetap sayang akan aku

aku ada ma dan abah
aku ada kak dan 2 adik
menyokong aku tanpa jemu
menegur aku tika khilaf
menerima aku seadanya

aku ada teman
berkongsi suka dan duka
papah ketika aku jatuh
ketawa ketika aku senyum
menangis ketika aku duka

kayuhan tetap kayuhan
aku mengayuh dan mengayuh
terus mengayuh

garis penamat makin hampir
namun aku sedar
jejak ke garis penamat bermakna jejak ke garis permulaan
permulaan dunia yang baru
kayuhan tetap diteruskan
mengayuh sehingga menutup mata



kejutan tidak diduga- hadiah yang tidak dijangka

panjang betul tajuk entry aku kali ni.
nak citer tentang 1 kejadian.
after zohor, i went to library.
i need to do a revision for my Power Electric test.
its gonna be held on this tuesday.
i need a book but i think my library doesn't have it.
i just continue my study.
n my heart said: it must be nice if i have that book

suddenly, i turn my head to right
suprisely, that book on the shelf behind me
Ya Allah, i really luv U

Allah always with us

"kita je x sedaq ag, cu pikiaq sat, sayangnya Allah kat kita"

p/s: tgh stdy guna buku itu


Sunday 15 December 2013

hari kedua dan last day untuk kumpul barang banjir

salam semua.
aku nak berceloteh tentang hari ke-2 kumpul barang banjir
13 dec 2013
hari ini penat sikit
dari pagi hingga ke 11 malam

11 pg: member dapat email, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah bank in sejumlah wang ke dalam             akaun member aku

           kami terkejut dan bersyukur. semalam kami rasa terkilan sebab tidak cukup duit untuk beli susu bayi.
           maklumlah susu bayai mahal sekarang. kami rasa sedih sangat tidak dapat beli susu. namun Allah
           suka bagi kejutan dan perancangan Allah adalah yang terbaik. hari ini dapat derma yang cukup untuk
           beli susu.

2 ptg: kami terus ke mydin dan membeli susu bayai. Alhamdulillah dapat beli susu bayi. auntie yang jaga rak
          susu berkongsi cerita. ramai katanya, yang datang untuk beli susu mangsa banjir. Alhamdulillah. terasa
          lega kerana masih wujud masyarakat yang berjiwa prihatin.

4 ptg: menyelesaikan misi mengumpul pakaian derma dari rakan sekelas dan menhantar susu ke pusat
          pengumpulan barang.


7 mlm: balik rumah sekejap untuk bersihkan badan

9 mlm : ke U dan tolong apa yang patut. U aku hantar 3 buah bas untuk ke kuantan bersama lebih kurang
               70 sukarelawan. Alhamdulillah. aku tidak join because i have 3 test, 2 asgment, 1 PSM repot.
                all that works must be done and take this week.

11 mlm: bas berangkat dan aku melambai dengan penuh harapan. semoga amalan aku diterimaNya.





hari pertama kumpul barang banjir

Allah itu Maha Besar
Alhamdulillah
banyak perkara berlaku di luar dugaan aku

duit bbq 20 sept masih berbaki
baki itu untuk beli cenderahati
tetapi masih tidak sempat beli kerana sibuk dan tidak jumpa cenderehati yang berkenan

minggu lepas,
aku terbaca tentang bantuan untuk mangsa banjir
Allah memberi aku ilham untuk menyalurkan duit itu kepada mangsa banjir

terus aje tangan ini mengepost di muka buku
minta keizinan dari kelas
kerana itu duit 58 orang

Alhamdulillah semua setuju

pada 12 dec 2013
aku dan ketua kelas pergi mydin dengan 1 misi dan 1 niat
kami telah berjaya membeli barang yang banyak dan pelbagai

aku berharap sumbangan ini dapat menjadi saham akhirat kami


ada kejadian yang mngharukan ketika di mydin
seorang auntie bertanya tentang barang yang banyak dalam troli
aku meberitakan tentang banjir di kuantan

auntie itu terus mengeluarkan duit dang menghulurkan kepada aku
aku rasa sebak dan terharu

seorang bukan Islam mempunyai sifat pemurah

Alhamdulillah
terus aku berdoa semoga Allah membuka pintu hatinya untuk Islam

aku pelik dan kurang berkenan dengan keyboard warrior
gambar ketika menderma dikata riak
tiada gambar ketika menderma dikata kedekut dan tidak buat kerja

siapa kita untuk menilai?
yang laju taip makian di komen muka buku itu,
adakah anda menghulur untuk bantuan banjir?
atau hanya pandai menjadi juri?

fikir2 kan
kita hanya hamba Allah

:)

esok masih ada?

esok masih ada
bermakna masih ada harapan
namun
masih adakah kita untuk esok?

Wednesday 11 December 2013

smile

use your SMILE to change the world
don't let the world change your SMILE

p/s: copy paste ayat orang

Tuesday 10 December 2013

gurau senda ketawa

gurau senda itu hiburan
hiburan itu makanan jiwa manusia
namun jangan melampau
Islam galakkan sederhana
perkara serius jangan dibawa bergurau
perkara sensitif jangan di lawak kan

gurauan bagi kita
belum tentu gurau bagi yang lain

ketawa bagi kita
mungkin air mata bagi yang lain

hati2 dalam bergurau
tengok topik dan siapa yang diguraukan

:)

ALHAMDULILLAH terima kasih Allah

selesai sudah presentation PSM1
rasa lega yang amat
Alhamdulillah
terima kasih Allah

presentation berjalan lancar walau malam tadi pukul 4 pagi baru dapat lelap mata
aku rasa macam ingin melompat setinggi bintang

tapi tak bole hepi sangat sebab PSM 2 masih menanti

Monday 9 December 2013

kita tengok permainannya..............

saat paling best
kita dah tahu tetapi orang itu ingat kita tak tahu
dan kita terus pura-pura tak tahu
nak tengok apa permainannya
hehehehehehe

puisi untuk abah dan ma

ABAH DAN MA

ma,
wajah yang tak pernah lekang dengan senyuman
sanggup bersabar demi anakmu yang nakal ini
ucapan manis dari bibirmu
menjadikan hatiku yang keras bertukar lembut

ma,
yang sentiasa mendoakan anakmu ini
yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak ini

ma,
yang akan mengalirkan air mata bila anak ini nakal
namun tidak pernah walau sekali bahasa kasar keluar dari bibirmu

ma,
anak ini sedar akan khilaf yang lalu

ma,
anak ini sayang sangat2
kasih sayang ini tidak mampu ditukar dengan segunung permata

.............................................................

abah,
dirimu gigih bekerja demi anak ini

abah,
anak ini sedar,
anak ini lah yang paling degil dari yang lain

abah,
dirimu sentiasa sabar dengan karenah anak ini

abah,
anak ini kenal Islam dari mu

abah,
pandangan kita banyak berbeza
anak ini sedar hakikat itu
namun,
kita banyak juga berkongsi persamaan,
anak ini cintakan buku kerana asuhanmu
anak ini ingin belajar tinggi kerana didikan mu

abah,
anak ini sayang sangat

..............................................................................

abah dan ma,
anak ini mula kenal jalan yang benar
hasil didikan dan kesabaran mu

abah dan ma,
anak ini sangat sayangkan mu
anak ini sangat rindukan mu

abah dan ma,
anak ini ingin peluk mu
anak ini ingin cium mu

anak ini sedar akan hakikat seorang pelajar
jauh dari mata abah dan ma
tapi sangat dekat di hati

Ya Allah,
jagalah abah dan ma aku
jagalah kak, dan adik2 ku

aku sedang berjuang di jalan Mu



PSM & FYP

selasa ni aku kena bentang PSM ( projek sarjana muda ) or FYP ( final year project).
aku resah gelisah.
belum bersedia.
namun aku rasa, kalau diberi masa tambahan 4 bulan lagi pun,
rasanya aku tetap belum bersedia.
aku hanya berdoa dan berfikir positif.
semoga aku tidak menjadi mangsa tembakan M-16 para penel.
teguran yang bakal aku terima akan aku anggap nyanyian merdu.
doakan aku ye kawan2
inilah kehidupan seorang pelajar
bukan senang jadi pelajar
ini pun jihad
doakan aku ya wahai my blog readers
:)

Johor-Kuantan-Terengganu-Kelantan

berita hangat kebelakangan ini tentang 4 negeri ini.
BANJIR.
aku simpati dan juga bangga dengan rakan sekelas aku.
tanpa kira bangsa dan agama,
kumpul duit bersama untuk disalurkan kepada magsa banjir.
kalau tak mampu dari segi kewangan,
tadahlah tangan dan panjatkan doa.


aku nurkilankan puisi ini khas untuk saudaraku semua yang sedang hadapi ujian:

teman,
ini ujian dari Allah
sabarlah teman
rejamkan resahmu ke dada solat
tadahkan tanganmu mohon bantuan dariNya

teman,
kita semua bersaudara
kau x keseorangan
sakitmu ku juga rasai
resahmu ku juga hadapi

teman,
aku sedar
berat aku memandang
berat lagi bahamu memikulnya

teman,
jangan disalahkan Allah
ini ujian kita sebagai hambaNya
layaklah kita diuji kerana kita cuma hamba

teman,
dalam kelam malam cuba kita renungkan
mungkin ada khilaf kita
mungki kita alpa dan lupa Dia

teman,
bersabarlah
Allah ada bersama kita
Allah sayangkan kita



Thursday 5 December 2013

hati oh hati

hati itu rapuh
mudah retak

hati itu lembut
mudah dilentur

hati juga keras
sukar diketuk

hati oh hati
tetapkan pada Allah

hati oh hati
jadilah hati yang baik

hati oh hati
punca baik atau buruk kelakuan


Allah Maha Mengetahui

keep in calm
zikir dan selawat
Allah bersama kita

ujian

setiap ujian adalah berbeza
Allah menguji mengikut kemampuan kita

ujian terbahagi kepada dua
ujian susah dan nikmat
masa diuji kesusahan, bersabarlah
masa diuji kesenangan, bersyukurlah

ujian kita berbeza
namun kita ada Allah yang sama
Allah Yang Satu


buku book kitab

aku suka buku
hasil didikan seorang ayah dan ibu yang cintakan buku
buku itu ilmu
membaca buka sebenarnya bagi aku memberi 1 pengalaman yang baru

aku suka kedai buku
masuk je dalam kedai buku hari ini,
mula berangan dan memasang impian
indahnya andai sebuah buku tulisan aku berdiri tegak di atas rak
Amin...
thats my dream since years before


pantai berubah dihempas ombak

aku belek gambar-gambar lama
hampir 4 tahun berlalu
sungguh sekejap masa itu berjalan

pelbagai rencah rasa bercampur
gembira, lucu, sedih

aku berkata dalam hati,
alangkah indahnya jika waktu dulu

pantai pun berubah
apatah lagi manusia

sedih, sebak melihat perubahan
alangkah indah jika seperti dulu

aku rindukan gelak tawa dan senyuman
sekarang hanya hadir bibir tanpa bicara
senyuman tanpa mesra

alangkah indahnya dunia berpatah balik
tapi mustahil

inilah hakikat sebuah kehidupan
tanpa perubahan bukan manusia namanya

kenangan itu tersimpan rapi
berdoa semoga ia menjadi kenangan yang baru

aku rindukan yang dulu
sebab itu aku berusaha menjadi yang dulu

dunia tanpa internet

kisah kali ini tentang pengalaman tanpa internet selama 2 hari
semua rutin harian berubah sekelip mata
kalau ada internet, kebanyakan bermadu kasih dengan laptop dan gadget
sesekali cuma berpaling menegur dan melempar senyum
apabila tiada internet,
semua berkumpul berkongsi cerita
semua berkumpul membelek gambar-gambar lama yang tersimpan lama dalam folder
semua berkongsi gelak
melihat perubahan selama empat tahun bersama susah dan senang
ada yang kurus bertambah berat
ada yang comel menjadi matang
semuanya senang dan gembira

hari ini internet kembali pulih
keadaan kembali rutin
tiada lagi berkumpul bersama
tiada lagi gelak bersama
semua mata menatap laptop

indah juga andai dalam sebulan
1 hari tanpa internet

internet tidak salah
internet memberi manfaat andai manfaat dicari
internet memberi mudarat andai mudarat dicari

yang salah cara kita menggunakan internet
tidak pandai membahagikan masa antara dunia maya dan realiti


Tuesday 3 December 2013

kuatlah pendirian wahai diri

ramai tak semestinya benar
sedikit tak semestinya salah

kuatkan pendirian
jangan terseliuh di tengah jalan

tabahkan hati
jangan retak menadah pecah

biarkan bibir berbicara
pedulikan mata yang memandang

teruskan langkah menuju Allah
jangan lagi toleh ke masa jahiliah

lindungi aku Ya Allah
aku takut murkaMu

lindungi aku Ya Allah
aku takut kembali tergelincir



Sunday 1 December 2013

Alhamdulillah Terima Kasih Allah

aku redha menerima ia sebagai 1 ujian.
aku akui khilafnya dari aku.
hari ini,
Allah telah menyelesaikannya
terima kasih Allah
Sayang Allah sangat2
hanya air mata tanda kesyukuran