Thursday 31 October 2013

parodi.sindiran.nasihat.makian.kutukan.

zaman ni zaman teknologi.
kuasa media massa.
buat 1 kesilapan, 1 dunia dapat tau dalam masa 1 saat.
betapa canggih manggih nya teknlogi sekarang.
namun,
jika salah pakai,
maka buruk ler akibatnya.
ada yang sengaja atau tidak tersengaja terupload video yang kurang sedap mata memandang, kurang manis telinga mendengar.
mungkin niat untuk berkongsi atau berlawak.
namun ingatlah lah wahai sahabat,
berlawak ada batasnya,
berkongsi ada batasnya.
bukan semua boleh menerima lawak kita.
bukan semua boleh menerima perkongsian kita.
sebelum diupload, fikir dahulu.
baik atau buruk kesannya.
Allah suka atau tidak jika aku upload?
gunakan kuasa berfikir sebelum tangan menjalar ke butang upload.
jika tidak,
video anda akan menjadi trend di laman sosial.
1 dunia mungkin akan kutuk anda.
berpuluh parodi akan menjadikan video anda 1 rujukan.

maka di sini,
saya pecahkan kepada dua pihak.
tukang upload dan tukang tengok.
nasihat saya kepada tukang upload,
sebelum upload sesuatu,
fikirkan tentang Allah.
mungkin niat anda untuk bergurau,
namun bukan semua boleh menerima gurauan anda.
lebih - lebih jika video anda luar dari norma manusia.
letakkan Allah di carta number 1 before do anything.
you can defend yourself by say " this is me and i do not want to be a hypocrite person".
yes.
you can be yourself but you must update what you should be.
be yourself jangan sampai langgar agama.
jangan nanti anda jadi bahan ketawa ramai orang.
jangan nati anda jadi bahan parodi ramai orang.

kepada tukang tengok pula.
tidak manis anda maki hamun sampai keluar perkataan kesat terhadap pengupload.
yes.
she or he did weird or 'video yang ntah apa2'.
tapi,
siapa kita untuk hukum dia?
nasihat cara baik.
berhemah.
nasihat itu kan cinta.
tak menjadi keperluan pun buat parodi sehingga mengaibkan orang.
alangkah baik jika kemahiran parodi kita itu digunakan untuk jalan Allah.
cuba bayangkan kita di tempat dia.
1 dunia ketawakan kita.
betapa peritnya menghadapi tekanan jiwa apabila semua orang mengutuk dan mentertawakan kita.
hari ini kita kutuk orang.
tak mustahil esok orang kutuk kita.

konklusinya,
tukang upload atau tukang tengok,
apa sahaja yang kita lakukan,
ingatlah Allah.
tukang upload,
upload lah video yang membawa kepada pahala bukan dosa.
kepada tukang tengok,
jadilah seorang yang mengamalkan cara Islam.
kutukan, parodi yang mengaibkan orang, makian...... semua itu bukan cara Islam.

p/s : aku bukan manusia yang baik. kerana aku sedar aku bukan manusia yang baik, maka aku berusaha nak jadi manusia yang baik. 

masih bernafas

Alhamdulillah aku masih bernafas.
sudah bersawang blog aku tidak berupdate.
aku sangat busy kebelakangan ini.
handle majlis, program2, PSM, test, asgment n banyak banyak banyak lagi....
tengok betapa banyaknya kerja aku kena buat
padahal semuanya buat last minit
biasalah,
engineer kan suka wat keja last minit....
hehehhehee...
ni teori untuk aku jela sebagai bakal engineer....