Thursday 28 November 2013

pengorbanan dan ujian

Allah bagi sesuatu untuk kita
dan Allah uji sama ada kita sanggup lepaskan atau tidak
itulah pengorbanan
tidak salah berkorban untuk kebaikan
kita akan bahagia kalau dapat wat orang lain bahagia


Allah suka bagi suprise.... I love Allah......

amboi
panjang bebenor tajuk entry malam ni
dari pemilihan 22 org boling
aku terpilih top 5
dan jam 8 mlm td,
ada selection untuk pilih 4 pemain dan 1 simpanan
Alhamdulillah
again, Allah gave suprise
aku top 4
unbelievable
thankz Allah

Monday 25 November 2013

teruskan bersabar duhai hati

aku sedar diam itu bukan 1 solusi.
diam juga mampu mengundang seribu persoalan.
salah faham mungkin tercetus dek tiadanya penjelasan yang nyata.
namun,
diam itu lebih baik andai bicara hanya mengundang keruh dan keladak.
duhai hati,
bersabar dan terus berdoa.
diam bukan untuk selamanya.
diam hanya sementara cuma.
carilah kekuatan dalam diam.
semoga kau kuat dan teguh ketika bibir mula bicara.

sahabat

topik sahabat yang ingin aku kupas dan coretkan pada malam ini adalah topik yang agak berat bagi aku.
pengertian sahabat bagi aku,
seseorang yang SANGGUP:
bersama kita tak kira senang atau susah.
mendengar cerita sedih kita.
buat2 ketawa bila kita buat lawak yang tak lawak.
menghulurkan bantuan tanpa dipinta.
cuba memenuhi permintaan kita.
temankan kita ke mana sahaja.
simpan rahsia kita walau kita sedang perang dingin dengannya
tahan malu dengan kelakuan tak senonoh kita

dan banyak lagi.
erti sahabat sangat luas.

aku sayang sahabat aku.
sangat2 sayangkan sahabat aku.

aku sedar aku khilaf.
maafkan aku ya wahai sahabat.
semoga kita bersahabat dunia akhirat

DIAM

diam aku bukan kerana aku ego
diam aku bukan kerana aku benci
diam aku bukan kerana aku lemah
diam aku bukan kerana aku merajuk

diam aku kerana aku ingin tahan bibirku dari menyakitimu
diam aku kerana aku tengah mencari kekuatan
diam aku kerana aku tengah berperang dengan diriku
diam aku kerana aku tengah muhasabah diri

bicara itu andai tajam,
hancurlah sebuah ikatan persaudaraan
maka diam itu lebih baik

walau aku sedar diam itu bukan 1 penyelesaian masalah
namun sekurang-kurangnya ia tidak mengeruhkan lagi masalah

biarkan aku terus berdiam sehingga aku mendapat kekuatan untuk berbicara

lepaskan atau dapatkan kembali?

kehilangan.
1 perkara yang menyakitkan.
namun kita kena sedar.
Allah sedang menguji kita.
adakah kita hanya membiarkan ia pergi atau kita berusaha mendapatkannya kembali?
mungkin kita patut duduk sekejap dan berfikir sejenak.
fikirkan sama ada kita patut biarkan ia pergi atau kembali dapatkannya.
jika biarkan ia pergi lebih baik, lepaskannya dengan ikhlas dan redha.
bukannya terus pasrah.
namun jika mendapatkannya kembali itu lebih baik,
berusahalah untuk mendapatkannya dengan cara yang terbaik dan teruskan berdoa.
Allah itu Maha Mendengar.
jika masih keliru atau dilemma,
tadah tangan dan sujudlah padaNya.
mohon petunjuk dariNya.


Saturday 23 November 2013

Allah is amazing

Alhamdulillah.
Allah Maha Besar.
kita minta denganNya,
kita tadah tangan.
Allah bagi dan tunaikan permintaan kita dengan cara yang kita tak jangka.
Allah suka bagi suprise kat kita.
cara yang simple tapi berkesan.
thankz Allah.
mengalir air mata.
syukur sangat.
kawan2,
percayalah.
Allah tak pernah tinggalkan kita masa kita susah atau sunyi.
Allah ada temankan dan perhatikan kita.
mintalah apa sahaja dengan Allah.
bercerita la apa sahaja dengan Allah.
Allah sentiasa ada dengan kita.
love Allah.
love Rasul.
love ma n abah.
love my sibling
love my bff n my frens....
love sahabat.

Friday 22 November 2013

Flasmob untuk Syria

apa tu flashmob?
mengikut kefahaman aku,
flashmob itu satu persembahan sama ada tarian, nyanyian atau lakonan yang diadakan di tempat awam tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
suprise performance.
ia diadakan untuk menyampaikan mesej atau mempromosikan produk.
hari ini,
selepas solat jumaat,
flshmob untuk Syria telah diadakan di perkarangan masjid U aku.
syabas kelab kasawari.
u done a brilliant job.
sangat tersentuh hati dan mesej yang ingin disampaikan sangat jelas.
ramai yang menonton terdiam dan terkelu,
namun aku masih mendengar soseh soseh yang mempertikaikan flashmob diadakan.

kenapa perlu buat flashmob? tak membantu Syria pun dengan flashmob........
lakonan apa tu? keras macam kayu ja.......

ini hanyalah kata2 yang laju keluar dari segelintir, sekuman orang sahaja.

aku ada jawapan aku sendiri untuk soalan sinis itu.

apa tujuan flashmob?
tujuannya untuk menyampaikan mesej tentang keadaan negara suadara kita.
kita ni kadang2 tak mau ambil tahu tentang hal semasa.
jadi, dengan adanya flashmob,
ia dapat membuka mata dan menjentik hati masyarakat tentang keadaan negara syria.
secara tidak langsung,
ia telah menyebarkan semangat persaudaraan.

selepas flashmob,
tabung diedarkan.
1 strategi yang baik.
derma untuk syria.
itukan juga membantu namanya.

lakonan macam kayu?
mereka itu pelajar, bukan pelakon profesional.
hormatlah pengorbanan mereka.
demi flshmob,
mereka berkorban masa, tenaga dan wang.
mereka berlatih untuk memberikan persembahan sebaik mungkin.

yang bertanya soalan sinis itu.
apa bantuan atau usaha anda untuk syria?

Allah tak nilai seramai mana yang datang tengok flashmob,
tapi Allah nilai sebanyak mana usaha kita untuk membantu Syria.

ringankan tangan untuk menderma,
teruskan berdoa untuk SYRIA,PALESTIN, MESIR, ROHINGYA, PATTANI dan banyak negara Islam lain lagi.
kita BERSAUDARA

Alhamdulillah....... impian tercapai

Allah itu Maha mendengar.
boling adalah sukan paling feveret aku.
tahun lepas aku p selection untuk wakil fakulti tapi tidak terpilih.
pada masa itu, hanya sepuluh orang sahaja yang pergi pemilihan.
tahun ini,
18 orang telah datang untuk pemilihan.
hanya 5 terbaik akan dipilih.
aku neves tapi cuba tenangkan diri.
aku bdoa dan bselawat.
aku yakin Allah akan kabulkan doa aku.
tanpa disangka dan diduga,
aku terpilih untuk wakil fakulti.
aku cubit pipi aku yang tidak seberapa gebu.
bermimpikah aku?
Alhamdulillah.
Allah Maha Besar.
terima kasih Allah.
sayang Allah.
:)

Wednesday 20 November 2013

aduhai hati

aduhai hati,
tenanglah
jangan mudah dihiris rasa

aduhai hati,
sabarlah
jangan cepat melatah

istiqamah

susahnya istiqamah dalam melakukan kebaikan
ada pelbagai cabaran dan dugaan
apabila kita mula berubah ke arah kebaikan,
ada yang menyindir, ada yang memandang pelik,
ada juga yang mula menjauh.
kuatkan hati, tabahkan jiwa.
anggap kata-kata itu semua sebagai cabaran untuk kita terus istiqamah dalam kebaikan.
kita ini manusia lemah,
adakala tergelincir kembali dalam dosa silam,
terus bertaubat bila tersedar dan kembali semula ke jalanNya.
p/s: kata nasihat ini untuk diri aku yang penuh dengan dosa

Saturday 16 November 2013

Allah ada bersama kita

apa yang pernah berlaku,
sedang berlaku,
atau akan berlaku,
bersabarlah,
kita ada Allah, family dan sahabat.

Monday 11 November 2013

warna kehidupan

awan bukan selalu mendung.
juga bukan selalu cerah.
itu lah warna kehidupan.

pelangi bukan sentiasa muncul.
ada kala kilat silih berganti

Allah itu Maha Perancang

Sunday 10 November 2013

SAHABAT TEMAN KAWAN RAKAN FRIEND

sahabat sejati takkan berubah hati walau berubah musim

HIJRAH

berubah itu bukan mudah.
namun untuk kekal dan istiqamah itu lagi susah.
aku hadiahkan seuntai puisi untuk semua:

aku memandang langit
kelam lesu
sesekali bintang berkelip menyapa

hati gelisah meresah
tenang jauh tidak bertandang

emosi aku dijentik
akal aku berfungsi
sampai bila aku terus begini?
berenang dalam sungai dosa

monolog kasih dan kesal bersilih ganti
air mata sesal mengalir
jauh sungguh aku dariNya

aku yang menjauh
bukan Dia

hari ini aku tekad
aku ingin terus ke pulau taubat
meniti titian kebenaran

walau aku sedar
jalan itu bukan mudah
namun, aku juga sedar
Dia sentiasa bersamaku

karya: Pena Insan Biasa


SARUNG KAKI PROJECT

salam semua.
tadi telah disiarkan di SAFIYYA TV9 tentang SKP atau Sarung Kaki Project.
sebuah projek amal yang mengajak umat Islam menutup aurat secara sempurna.
aku kenal project ini apabila Hilal Asyraf share kat fb.
terus aku like and follow perkembangan project ini,
dalam masa singkat, project ini mendapat perhatian ramai termasuk TV.
projek ini mengkhususkan pemberian sarung kaki secara percuma kepada orang ramai.

kenapa sarung kaki?
kita mungkin lupa atau pandang sebelah mata bahawa kaki juga termasuk aurat wanita.

semoga aktiviti yang dijalankan SKP menjadi saham akhirat kelak.
amin.
jom support www.facebook.com/sarungkakiproject

Saturday 9 November 2013

MUKA BUKU

muka buku itu alat.
jika digunakan secara baik, baiklah jadinya.
jika digunakan secara tidak baik, tidak baiklah jadinya.

Friday 8 November 2013

RESEPI kejayaan

aik...
resepi masak ke?
bukan la...
resepi kejayaan yang diamal sejak sekolah rendah lagi....

DUIT

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

flashback 20 SEPTEMBER 2013

20 september 2013.
tarikh yang amat penting bagi aku.
banyak peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.
sweet sweet memories.

MAJLIS BBQ DAN SUKANEKA KELAS

aku yang handle masjlis itu.
Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
58 orang budak kelas join.
pelbagai bangsa dan agama.
bajet yang cukup.
semua beri kerjasama.
paling best, time sukaneka.
sume join dan kembali jadi kanak-kanak.
kelakar sangat.
macam- macam game ada.
muka putih main tiup tepung.
jatuh terlentang main lari belakang.
kepala benjol main bola tampar.
kaki melayang main futsal.
galah hilang sebab main galah panjang.
selipar rosak sebab main baling selipar.
botol kosong jadi pin boling.
dan macam-macam game lagi.
sangat seronok bila tengok semua kawan-kawan seronok main game.
Alhamduliilah.
acara aku berjaya seperti dirancang.

pelajaran yang aku ambil :
1.semua bangsa dan agama boleh bersatu.
2.kita rasa bahagia bila dapat buat orang lain bahagia.
3.jagung bakar fresh sangat sedap ( macam lari topik je....hehehehe)

SUPRISE BIRTHDAY

aku main bola tampar.
tiba-tiba, hujan tepung melanda.
belum sempat aku jengah kepala,
telur-telur pecah melekat pekat likat di kepala aku.
aku tak mampu angkat kepala.
kejadian yang tidak di duga berlaku sangat pantas.
selepas itu,
aku diusung dan dibuang ke laut yang cetek.
sambil diiringi lagu selamat hari lahir.
kawan-kawan, thankz sebab ingat birtday aku walaupun aku hide tarikh lahir aku kat fb.

perasaan aku:
1. aku sayang korang semua
2. thankz sebab ingat birthday aku walaupun no reminder kat fb
3. kenangan terindah dalam hidup
4. semoga kita bersahbat hingga ke syurga ya...

percaya yang tidak sirna

Allah suka bagi suprise
yang penting kita percaya
percaya yang tidak sirna

Thursday 7 November 2013

soalan dan jawapan

tidak semua soalan ada jawapan.
tidak semua soalan perlu ditanya.
ada kala jawapan datang tanpa ditanya soalan.
ada kala kita tidak perlu tahu jawapannya.
ada kala jawapannya adalah 10 tahun, 50 tahun selepas soalan.

hanyut

jangan kita terus hanyut
berpatah lah pada jalanNya

mungkin kita pernah hanyut
tetapi jangan terus lemas
berpautlah pada taliNya
pintu taubat terbuka luas

carilah teman yang benar andai kita terkapai
teman yang benar boleh suluhkan jalan

rejamkan resah ke dada solat
mohon ampun dariNya

sesali dosa lalu
melangkah la ke hadapan dengan nafas baru

buat lah pilihan
terus hanyut atau kembali ke daratan Nya?

SENYUM itu menyimpan seribu RAHSIA

senyum dan tetap senyum
biarlah hanya hati yang tahu
jangan melatah
sabarkan hati
esok Allah akan tunjukkan kebenarannya
:)

secawan KOPI segelas SUSU

Setitik susu tidak mampu melunturkan warna secawan kopi. Namun setitik kopi mampu mengubah rasa dan warna segelas susu. Inilah lumrah dunia. Begitulah analoginya, kehidupan kita pada masa kini. Satu kebaikan yang dilakukan tidak mampu memadam titik-titik hitam yang dilakukan masa lampau. Namun, semua kebaikan yang kita dilakukan akan hilang sekelip mata dek hanya satu kesalahan yang tidak disengajakan atau disengajakan. Inilah tabii manusia. Apabila dendam dan amarah menyelubungi diri, pintu kemaafan tertutup rapat. Rasakan diri bagaikan sempurna hingga simpati lenyap dalam api kemarahan. Manusia melulu menjatuhkan hukuman tanpa melihat dan memandang akar umbi kesalahan tersebut. Rasakan diri bagaikan maksum. Kesalahan sebesar saga dijadikan sebesar gunung. Bara kemarahan dinyalakan menjadi api, bukannya disiram api kesabaran.

Sebagai manusia yang lemah dan serba kekurangan, kita tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesilapan. Maksum hanya hak milik para anbia. Namun, kita sering mendabik dada mengatakan “akulah yang terbaik”. Apabila ego menguasai diri, fikiran tidak lagi dikawal akal yang waras. Simpati hilang dek debu-debu kemarahan. Ditambah lagi percikan api pihak ketiga. Nilai persaudaraan menjadi murah. Nilai kemaafan menjulang tinggi. Beribu kemaafan dipohon namun tiada satu pun diendah. Mengapa tidak kita duduk berbincang? Mencari punca permasalahan. Mengapa tidak kita berusaha mencari titik penyelesaian? Mengapa senang kita menjatuhkan hukuman?

Biar roboh ikatan persaudaraan, asalkan ego berjaya dijulang. Itulah pemikiran songsang yang kita amalkan. Mampukah perpaduan dibentuk melalui pemikiran ini? Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman? Kita hanya hamba yang lemah. Hanya Dia yang berkuasa. Dia yang memilki sifat Yang Maha Pengampun. Mengapa tidak kita memiliki sifat seorang pemaaf? Tidak malukah kita padaNya?


Sedarlah dari mimpi, bangkitlah dari lena. Tidak rugi jika kita memaafkan kesalahan orang lain. Malahan, kita pasti akan mendapat ganjaranNya di dunia dan akhirat kelak. Jangan sesekali kita menyemai benih-benih dendam. Dendamlah virus perosak masyarakat. Jadilah seorang pemaaf kerana bukan selamanya kita layak menjadi pemaaf. Mungkin satu hari nanti, kita pula yang akan menagih kemaafan. Pada masa itu, mungkin baru kita mengerti betapa mahalnya nilai kemaafan.

Wednesday 6 November 2013

duhai hati

sabarlah duhai hati,
Allah sentiasa bersamamu.

BAHAGIA

kita akan rasa bahagia apabila dapat buat orang lain bahagia.
ini fitrah.
ini fakta.

KAHWIN

kahwin pada usia muda atau usia tua bukan menjadi persoalan.
paling penting adalah persediaan ke arah perkahwinan itu.
bersediakah kita memikul tanggungjawab?
bagaimana dengan ilmu agama?
bagaimana dengan kewangan?
atau hanya ingin mencari keseronokan atau glamor?
tepuk dada, jangan tanya nafsu kerana nafsu dekat dengan syaitan.
tepuk dada, tanyalah iman kerana iman dekat dengan ALLAH.

Tuesday 5 November 2013

INSAN BIASA

jadilah insan biasa yang memiliki hati luar biasa.
biar tak glamor dibumi tetapi dikenali penduduk langit.
:)

MAHU atau PERLU

kita minta apa yang kita MAHU
tapi Allah beri apa yang kita PERLU
teruskan berdoa
mungkin apa yang kita MAHU akan menjadi apa yang kita PERLU
cuma masanya belum tiba.
:)

mimpi BESAR

jangan takut bermimpi besar.
namun jangan sekadar bermimpi.
mulakan langkah mengejar mimpi.
jadikan mimpi satu realiti.
agar kita tidak terus lena dalam fantasi.
doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.
dengan izin Allah, a big dream will come true.
:)

Monday 4 November 2013

tip meraih impian

Assalamualaikum.
esok adalah 1 Muharam.
tahun baru untuk umat Islam.
sama2 kita berhijrah dari jahat ke baik dan dari baik ke lebih baik.
aku ingin kongsi 1 tip.
sediakan pen dan sehelai kertas.
catatkan impian anda dan jangan lupa catatkan juga tahun target untuk mencapai impian tersebut.
impian catat biar jelas.
catatkan juga walau its like a crazy dream.
kalau orang cakap impian kita itu impian gila, maknanya kita mempunyai impian yang luar biasa.
beranikan diri bermimpi besar.

hidup

kita hidup untuk apa?
kita hidup untuk siapa?

Sunday 3 November 2013

kecewa itu lumrah

hati ini rasa kecewa.
kecewa apabila sesuatu yang dirancang tidak menjadi.
kecewa itu lumrah.
kita hambaNya.
kita hanya mampu merancang, dan Dia yang menentukan.
Allah tahu segalanya.
pujuklah hati untuk redha.
kuatkan semangat.
bangkit dari kecewa.
berjalan kembali dan terus melangkah.
Allah bersama kita.

DI MANA KITA NANTI?

Assalamualaikum semua pembaca.
tajuk hari ini ialah 1 persoalan. di mana kita nanti? jawapannya hanya dua, iaitu neraka yang dahsyat dengan azab atau syurga yang indah. di mana kita nanti? jika soalan ini ditanya, pastinya semua menjawab syurga. namun, adakah kita melakukan perkara atau amalan yang membawa kita ke syurga? soalan panas untuk diri sendiri. pagi ini aku celik mata. Alhamdulillah aku masih bernafas. namun, tiba-tiba aku terlintas, andai kata aku di alam kekal nanti, di mana tempat aku? persoalan demi persoalan menebak fikiran aku. aku bukan ahli agama. aku insan biasa yang banyak melakukan kesilapan. aku bukan orang baik namun aku ingin dan sedang berusaha untuk menjadi orang baik. hari ini aku termenung. apa sumbangan aku kepada agama?
apa sumbangan kita kepada agama? adakah kita bangun dan menjalani kehidupan yang sama setiap hari?
aku tahu, syurga itu mahal. sebab itu jalan ke arahnya bukan indah. neraka pula murah n jalan ke arahnya dihidangkan keindahan palsu dan keseronokan sementara. membincangkan topik neraka dan syurga bukan kemahiran aku. aku cuma berkongsi apa yang aku tahu.
semoga kita semua menjadi ahli syurgaNya.
:)