Showing posts with label CELOTEH TINTA. Show all posts
Showing posts with label CELOTEH TINTA. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

Bersiaran kembali

Alhamdulillah, dapat kita ketemu lagi dengan Ramadhan. Rindu yang tiada terperi. Hampir setengah tahun, Tinta diamkan diri. Papan kekunci pegun tidak ditekan. Banyak yang ingin diceritakan namun masa amat cemburukan Tinta. Banyak yang berlaku, manis juga kelat. Alhamdulillah, dapat ditempuh tanpa kecundang.

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ini. semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

Kesempatan Ramadhan ini, curi masa. Jenguklah ayah ibu di kampung, ayah ibu amat merindui anak-anak di rantauan. Rindu berbuka dan bersahur bersama. percayalah, ibu mu amat rindu melihat anak-anak menjamah gulai lemaknya. ayah mu rindu, ingin membonceng bersama anak-anak ke surau.

pulanglah, anak rantau.

banyak cerita juga kisah ingin dikhabarkan, namun bukan hari ini. kesempatan lain yang Tinta sendiri tidak tahu bila. Doakan agar Tinta dan keluarga berjaya dunia akhirat.

:)

Sunday, 1 January 2017

TAHUN 2017

3....2.....1...... Alhamdulillah.
Selamat tahun baru.

Tahun ini aku tahu tahun yang mencabar. Jangan putus asa dan terus berdoa. Dalam kita gembira sambut tahun baru, jangan lupa saudara kita di Kelantan juga Terengganu. Semoga banjir makin surut.

Azam? Aku tidak menunggu tahun baru untuk memasang dan mempunyai azam.

Aku doakan semoga kita jadi manusia yang beri sumbangan kepada yang lain.

Friday, 23 December 2016

SEPARUH MASA

Assalamualaikum pembaca penainsanbiasa. Terima kasih sebab sudi baca tulisan aku yang tak seberapa dan tolong ambil yang baik baik sahaja ya, yang tak baik jangan ambil. Berkurun aku tak berceloteh, mungkin aku lebih selesa berbica dengan puisi.

Suami separuh masa? Macam tajuk drama pula. Bukan suami separuh masa tetapi pekerja separuh masa, bahasa mudahnya: kerja part time.

Aku adalah manusia yang pernah kerja part time semasa belajar. Ramai pelajar yang wat part time sebab nak duit lebih, nak bayar yuran dan nak cari pengalaman.

Aku kerja part time secara tidak sengaja. Tahun 2012 semasa aku tahun dua di universiti. Masa tu, bestfriend aku tengah cari kerja, so aku tolong carikan. Bila jumpa, dia ajak aku interview sekali. Aku pun ikut la, tak tau kenapa aku ikut. Mungkin aku nak cari pengalaman atau saja suka suka? Dipendekkan cerita, aku dapat kerja tersebut. Kerja pejabat ka? Uish... tak layak nak kerja pejabat. Aku kerja sebagai orang yang jual aiskrim kat sebuah pasaraya besar. Aku kerja shift, shift aku adalah jam 6 petang samapai 11 malam. Manakala hari minggu pula, jam 8 pagi sampai 11 malam.

Jujur aku cakap, kita kena keluar dari zon selesa kita dan baru kita kenal dunia. Aku jumpa pelbagai jenis manusia. Aku belajar banyak benda. Pengalaman itu mendewasakan kita.

Pelajaran terganggu? Bagi aku, pengurusan masa itu penting. Kau tak nak kerja sebab takut affect pelajaran kau tetapi balik kelas kau tidur dan malam kau layan dota atau movie.

Dapat banyak duit? Alhamdulillah, seronok sangat bila dapat duit sendiri dan aku lebih tahu nilai duit. Nak beli benda bukan bukan pun sayang.

Kelebihan lain? Lepas universiti, kau boleh tulis pengalaman kerja kau kat resume. bakal majikan akan nampak kau sebagai seorang yang berani, berdikari dan pandai menguruskan masa.

Bahaya? Bagi aku, perempuan agak bahaya bekerja shift malam dan tidak berteman. sebelum mulakan kerja, survey dulu kawasan dan masa bekerja.

Lagi? Maaf dengan celoteh aku dan karangan aku yang tiada plot menarik. Salam Jumaat semua.

Sunday, 9 October 2016

Mengapa bicara aku pada puisi?

aku khabarkan cerita juga berita
tidak aku karang berjela jela
sekadar sebaris dua aku coret

cerita dari hati
cerita dari mata

puisi itu merpati
bawa cerita bawa rahsia

puisi itu aku pilih
agar dapat aku kongsi
tanpa perlu aku ....................

Friday, 15 July 2016

Hari aku raya

Salam semua readers pena insan biasa.
belum terlambat aku ucapkan selamat hari raya.
aku mohon maaf andai tulisan aku ada yang terguris atau tersinggung.

guys, aku ada projek baik untuk pembaca blog ini.
tunggu ya, nanti aku announce,,,,
mungkin this week or next week......

aku raya kau raya dia raya
semua raya
tapi tak semua pemenang

Thursday, 16 June 2016

Salam Ramadhan

Salam semua,
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ni,
dah 1/3 Ramadhan.

Makan jangan tamak, bukannya kita kebulur setahun.
Jangan kedekut, hak orang lain ada dalam dompet kita.
Baju raya perlu ada, tapi jangan nipis ketat.

Kenapa hari ni membebel?
Entah, mungkin sebab aku dah tua.

Monday, 6 June 2016

16 MEI 2016

Apa ada dengan 16 Mei 2016?

Hari guru!
takkan boleh lupa?
walau sudah lama tak pakai baju putih seluar hijau,
aku masih ingat tarikh keramat itu.

Tahun ini, rasa dia lain.
sebelum ini, aku yang selalu wish namun kali ini aku pula yang diwishkan.
(maaf, bahasa saya rojakkan, kalau cg BM aku baca, memang kena luku aku ni.)

YES!
I had weird feeling and still having it.

Aku tak pernah sangka akan jadi seorang pendidik bangsa.
Belajar lain, kerja lain.
Itulah takdir.

tahun ni, aku rasa janggal bila students aku wish selamat hari guru kat aku.
hidup ini penuh kejutan, isn't it?

Juga, aku tak pernah lupa cikgu aku walaupun sekarang aku telah bergelar cikgu.
tanpa cikgu, tak mungkin aku jadi cikgu.

Sempena hari guru baru-baru ni,
aku keluar lunch dengan cikgu aku.
cikgu yang paling rapat dengan aku.

banyak kami borakkan.
hampir 3 tahun x berjumpa, sekadar call dan msg sahaja.

apa yang dapat aku kongsikan dari perbualan kami:
1. budak sekarang bukan macam budak dulu.
2. cikgu sekarang hanya dianggap sebagai profession, bukan lagi pendidik anak bangsa.
3. jadi cikgu kena ikhlas, bukan sebab nak hidup selesa

Sunday, 1 May 2016

Hari untuk manusia yang bekerja

Salam semua readers.
Hepi Labour Day atau selamat hari pekerja.

"Kalau hidup sekedar hidup, babi di hutan juga hidup.  Kalau kerja sekedar kerja, kera juga bekerja." - Buya Hamka-

quote from Buya Hamka.
Deep pada yang memahami.

Make your work as part of your passion and ibadah.

Friday, 29 April 2016

hidup JANGAN mudah mengalah

Kau jatuh, BANGUN!
Kau lemas, GAPAI!
Kau sakit, TAHAN!

Kau ada Allah.

Monday, 25 April 2016

Aku jual hamper tak laku!!!

Salam semua readers yang aku sayang juga cinta.
walau tak pernah bertemu mata, namun ak dapat rasakan titis kasih itu.
aku bergraduasi pada akhir tahun 2014.
lepas aku bergraduasi, aku tanam anggur sekejap.
sempat juga dua tiga kali berbuah.
petik buat jus, jem dan enak dimakan begitu saja....... ( baca dengan nada gardenia )

Tanam anggur je? x cuba cari rezki lain?
rezki kan perlu dicari, bukan macam bola datang bergolek.....

yup, aku cari rezki lain.
aku buka bisnes on9.
aku jual apa? mestilah jual hamper........
aku jual hamper makanan juga barangan plastik.
aku dan dunia bisnes ni memang x bole dipisahkan.
bagaikan langit dengan awan.

laku? memang X laku.
1 hamper pun aku x dapat jual.

so?
Aku buka hamper makanan dan makan ramai2 dengan family ak.
Barangan plastik aku bagi kat ma aku.

Rugi?
mestilah, tapi x rugi besar.
modal aku cuma RM230.

apa yang aku belajar?
1. kaji dulu sebelum berbisnes.
2. networking itu penting.

dah menyesal?
X pernah menyesal sebab WE LEARN FROM MISTAKE.......
ORANG YANG GAGAL BUKAN ORANG YANG JATUH....
TETAPI ORANG YANG TIDAK MAHU BANGUN SETELAH JATUH....

perlu terus bangun ke setelah jatuh?
Nop!
duduk sekejap, beli cermin besar dan pandang lama2.
lepas tu bangunlah, jgn terlalu lama duduk.... takut kaki kebas terus tidak mampu berdiri.

kawan2, ayuh kita sama2 bangun, berjalan dan terus berlari.....


Sunday, 24 April 2016

IMBAS KEMBALI TINTA

#imbaskembalitinta

Salam semua.
I would like to wish a happy day to all my readers.
imbas kembali tinta?
apa tu? imbas kembali = throwback
Almost 2 years, blog ni bersawang tanpa ada coretan juga contengan.
a lot of things happened.
sayang kalau tidak dilakar di atas kanvas maya ini.
jadi, aku akan imbas kembali dengan LABEL : IMBAS KEMBALI TINTA.
tunggu update2 yang akan dilabel IMBAS KEMBALI TINTA.

orang kata, blog ni diari.
diari yang boleh dibaca semua.
apa yang aku harap. diari aku ini dapat jadi saham.
apa yang cantik, ambiklah.
apa yang hodoh, buanglah.

:)

Wednesday, 20 April 2016

Aku selak awan

Salam semua.....
hari ini 20 April 2016.
Post paling last adalah 27 sept 2014.
almost 2 years.
banyak yang berlaku, banyak yang nk dicerita.
rindu, rindu dan rindu....
aku cengang, pegun.
tidak tahu apa yang mahu ditaip, biarkan saja jari kasar ini menari di atas papan kekunci.

Sunday, 19 October 2014

27 sept 2014

27 sept 2014.
a big day for me.
a VERY big day.
tarikh itu, penat lelah aku bergelumang dalam dunia mahasiswa akhirnya terubat.
benar,
dunia mahasiswa bukan senang.
bukan indah sepanjang masa.
ada kala,
rasa mengalah muncul mencuit hati.
namun, cepat-cepat aku hapuskan rasa itu.
aku perlu menjadi sesuatu untuk membuat sesuatu.
saat aku melangkah ke pentas,
hanya wajah ayah ibu yang terbayang.
aku pasti,
ayah ibu yang berada bawah pentas juga pasti berbangga dengan anaknya ini.
jujur aku cakap,
aku rasa macam tak percaya.
empat tahun berlalu dengan cepat.
pentas itu menyaksikan aku budak hingusan yang seronok menyanyi semasa minggu orientasi empat tahun yang lalu.
dan pentas itu juga menyaksikan aku sekarang mengambil segulung ijazah setelah berhempas pulas.
jujur aku katakan,
bukan senang menuntut ilmu,
namun,
yang membezakan kita dengan yang lain adalah ilmu,
tapi,
aku tidak bermaksud yang tidak masuk U adalah tidak pandai.
ilmu bukan hanya di universiti.
yang tidak masuk U bukan tidak pandai tetapi rezeki mereka bukan di universiti.
rezeki mereka di tempat lain.
hari ini,
aku adalah graduan.
aku berjanji,
ijazah ini bukan untuk aku,
tetapi ijazah ini untuk semua.
untuk semua.
itu janji aku.
doakan aku dipanjangkan umur agar janji ini dapat ditunaikan.
amin.
:)

Wednesday, 10 September 2014

Lagi.....lagi....lagi..... dan lagi......

salam semua.
tajuk entri kali ini agak samar bukan?
lagi, lagi dan lagi?
tajuk entri kali ini sebenarnya menterjemahkan dua benda iaitu USAHA dan JANGAN PUTUS ASA.

sangat bertuah jika pertama kali masuk pertandingan terus menang.
sangat bertuah jika pertama kali berniaga terus untung melambung.

namun,
aku jarang berada dalam kondisi sangat bertuah itu.
hari ini aku ingin kongsikan dua peristiwa atau pengalaman aku yang berkaitan dengan tajuk entri kali ini.

pertama,
aku minat pengucapan awam,
sangat minat.
pengucapan awam merangkumi pidato, syarahan, debat dan sebagainya.
paling aku tidak boleh lupa adalah pertandingan deklamasikan sajak sempena kemerdekaan.
pertandingan ini diadakan setiap tahun.
aku mula sertai pertandingan ini semasa aku di tingkatan dua. cikgu bahasa melayu aku mencadangkan aku menyertainya kerana dia tahu aku sangat suka akan sajak.
namun, aku kalah.
tingkatan tiga aku sertai sekali lagi, juga kalah.
aku sertai lagi masa tingkatan empat, juga kalah.
paling terakhir, aku sertai untuk terakhir kali ketika tingkatan lima.
Alhamdulillah aku juara.
nampak tak?
empat tahun aku sertai pertandingan sajak dan tahun kali ke empat baru aku menang.
aku bukan bertuah, sertai sekali terus menang.
namun aku tidak berputus asa.
selepas setiap kali habis bertanding, aku jumpa juri dan tanya pendapat mereka tentang cara aku deklamasikan sajak.
aku ambil segala pendapat juri dan aku praktikan.
akhirnya, aku berjaya.
ketika diumum juara,
Tuhan saja tahu perasaan aku.
juga,
keesokannya aku dijemput untuk buat persembahan di hadapan semua pelajar.
dalam hati aku berkata: "yang kalah semalam tidak mustahil menjadi juara hari ini".

kedua,
sukan paling aku minat adalah boling.
kawan2 aku semua tahu tentang minat aku ini.
aku mula sentuh bola boling ketika tingkatan empat.
namun,
aku sangat tidak mahir.
ketika aku di melaka,
kawan2 aku ramai yang minat boling.
kami bermain bersama selalu dan juga pastinya kami akan masuk pertandingan.
setiap kali ada pertandingan boling anjuran universiti,
pasti kami masuk.
pertandingan paling best adalah SAF iaitu Sukan Antara Fakulti.
semua orang mesti nak mewakili fakulti, termasuk aku.
sebelum itu,
mesti ada pemilihan untuk wakil fakulti.
dua tahun berturut-turut aku kandas di peringkat pemilihan.
namun,
ketika aku di tahun akhir,
aku berjaya berada dalam kelompok lima terbaik dan aku berjaya mewakili fakulti dalam sukan boling untuk SAF.
sekali lagi,
aku bukan bertuah,
namun aku tidak berputus asa.
tidak dapat tahun ini, tahun depan ada lagi.
cuba dan cuba lagi.
Alhamdulillah,
Allah lihat usaha aku.

konklusinya,
bukan senang kita nak gapai sesuatu impian.
namu,
tidak mustahil untuk kita mengapainya asalkan kita berusaha dan jangan sesekali kita berputus asa.



Sunday, 24 August 2014

teringat zaman itu.......

Salam semua kawan2 alam maya.
saya tidak kenal anda tapi saya tau anda wujud sebab hit saya bertambah.
loklak pulak aku ni, skema tiba2.
hahaha
salam semua.
again, bagi salam, semoga semua sihat sokmo deh.
kebun anggur aku tersangatlah luas.
jauh mata memandang katanya.
hampir dua bulan tamat belajar, In shaa Allah akhir september majlis konvo dan secara rasmi aku tamat degree.

4 TAHUN
empat tahun rasa sekejap sangat.
rasa macam baru semalam aku daftar U, potong barisan masa pendaftaran.
dulu aku rasa macam tak mampu nak habiskan 4 tahun tu,
maklumlah aku kena habiskan praktikal.
mula2 takut nak praktikal, tapi aku bersyukur dapat bos yang baik.
pastu aku kena wat FYP pulak.
risau jugak kalau FYP aku x berjaya.
Alhamdulillah aku menang silver untuk FYP tu.
jujur aku kata, bukan senang belajar kat U ni.
tapi, paling penting jangan mudah putus asa.
percaya pada Allah, keajaiban pasti muncul.

PERSAHABATAN
empat tahun aku bukan sekadar belajar engineering sahaja tetapi aku belajar dan mengenal erti kehidupan. PERSAHABATAN. aku masih ingat, ketika demam, sahabat lah yang jaga aku, bawa pergi klinik, paksa aku makan ubat, belikan aku makanan. yalah, mak ayah kita dok jauh, sahabatlah yang ada.

masa kita down, sahabatlah yang bagi semangat. jadi kaunselor kita.

aku banyak masuk pertandingan ketika di U. debat, pidato. bowling dan banyak lagi. setiap kali bertanding, pasti konco2 kelas aku datang bagi support. depa datang sebagai ultras, bagi sokongan padu. bukan sorang dua datang, tapi hampir 1 kelas, termasuk kaum bukan melayu pun datang support.

bila aku meniaga, kawan2 juga datang bantu, datang jadi customer. kalau barang x laku, kawan2 la yang jadi pembeli terpaksa, tolong aku.

masa dekat exam atau test, sama2 study group. aku ajar kau, kau ajar aku. tiada istilah aku pandai sorang diri.

indahnya ikatan persahabatan.

TIADA RASIS
sampai sekarang, aku masih tidak faham mengapa rasis menjadi satu isu. ketika belajar, kami tidak rasa ada jurang antara kami walau berlainan kaum. kami wat study group, dalam group tu ada cina, india. kami bertukar nota. 

bila ada majlis kelas, semua kaum join. ingat lagi majlis moreh yang kelas aku adakan, kaum cina, india, iban juga join. masa raya haji, kaum cina join kami ziarah rumah kawan2. masa raya cina, kami semua dapat limau. 

kami seronok berkawan dan bergaul dengan beza bangsa. jangan cari titik perbezaan tetapi temuilah titik persamaan.

AKHIR KATA
maafkan aku, aku perasan entri kali ni adalah huru hara, sekejap citer tu, sekejap cite ni. tatabahasa juga lingkup. susah nak gambarkan perasaan rindu ini. rindu zaman belajar. orang pernah cakap, kawan zaman belajar tak sama dengan kawan kerja. jadi, aku sangat rindui zaman belajar. kawan2, kita jumpa masa konvo nanti ya....... ^-^




Monday, 4 August 2014

Salam Lebaran Salam Kemenangan

walaupun hari ini bukan lagi 1 syawal, namun aku tetap nak mengambil kesempatan dalam bulan syawal ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. aku susun sepuluh jari runcing ini, memohon ampun dan maaf. selagi aku bernama manusia, pasti ada khilaf yang menyapa.

aku ingin kongsikan ceritera 1 syawal. ketika itu aku dan keluarga bersolat hari raya di masjid yang terkenal di negeri aku. sangat meriah dengan baju raya berwarna-warna. biru, hijau, hitam juga pink dan banyak lagi warna lain. ketika khutbah raya, mata aku terpandang seorang kanak-kanak. saat yang lain segak berbaju melayu baru, dia hanya ber't-shirt' dan berseluar track sukan. dia hanya tunduk memandang lantai. aku rasa bagai ditampar. aku yang dewasa ini memakai baju baru tetapi kanak-kanak itu? dalam hati, aku cuba berfikiran luar kotak. mungking baju melayu dia basah? mungkin dia tidak suka pakai baju melayu? mungkin baju melayu dia koyak kena mercun? hakikatnya, ramai lagi yang susah dan tidak senang macam kita. maka, guna lah mata untuk pandang keliling kita. jika tidak mampu memberi, berdoalah pada Tuhan agar hidup mereka berubah.

juga jangan lupa tentang adik, abang kakak juga ayah ibu kita di Gaza. teruskan berdoa untuk mereka.


Thursday, 26 June 2014

DETIK-DETIK TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA

amboi-amboi.....
tajuk entri tak nak kalah...
hahhahaa
pejam celik pejam celik.....
jangan pejam tak celik2 pulak.....
4 tahun berlalu....
sungguh pantas......
bermula julai 2010
menjejak kaki ke dunia Universiti
rasa takut, gembira, gerun
semua bercampur jadi 1 rasa yang sukar diungkapkan
4 tahun aku belajar erti kehidupan

di sini aku kenal erti persahabatan
ada ikhlas
juga pura-pura
namun lakonan bukan selamanya
ada masa ia terungkai

aku belajar berdikari
ada sahabat menyokong dari belakang
memapah tika jatuh

aku bersyukur kerna ada ramai sahabat yang memahami
rasa sedih dan sebak bila ingin berpisah dari mereka
last day, aku dapat hadiah dari kawan2
ada juga member yang mitak alamat nak hantar hadiah, sebab x sempat bagi masa last day
aku rasa terharu sangat2
hadiah kalian adalah memori aku
aku akan simpan dan tatap bila rindu menusuk kalbu
hadiah kalian sangat ternilai bagi aku
aku harap kita dapat berjumpa lagi dan persahabatan kita akan kekal ke Syurga....

last day sebagai pelajar,
rasa lepas segala tanggungjawab
aku berjaya tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak, pelajar juga hambaNya

sekarang aku menghitung hari
hari konvo
pasti ada 1 rasa yang akan menjelma

ini sebenarnya permulaan kehidupan ke dunia dewasa
semoga aku tidak sesat dari jalanNya

-i luv Allah n Rasulullah-
-i luv my U life, my Frenz, my self and my family-





Wednesday, 28 May 2014

PENA aku bertatih di lembaran maya

bertatih pena mencoret tinta
sehelai lembaran maya menjadi wadah

celoteh duka juga suka
jadi lakaran dunia tanpa sempadan

bukan ingin mendabik dada
bukan terdesak mengadu simpati
cuma berkongsi kisah cerita

baik jadikan pedoman
buruk jadikan sempadan

batas kita terikat
tidak bertentang mata
tidak bersua muka

 namun aku tahu kau ada
setia membaca coretan aku

kalungan terima kasih aku kalungkan

andai aku lemah,
bantu aku, bukan aibkan

:)

Monday, 26 May 2014

PRESENTATION OF PSM2

Assalamualaikum.
'x jwb dosa, jwb sayang'....... tiru tagline Maria Elena
hehehehehe

sahabat semua,
saya nak berceloteh tentang hari penting saya.
4 tahun belajar,
inilah hari penting.
22 mei 2014
saya ada presentation PSM or FYP
berdebar2 jantung ni
segala ilmu 4 tahun dicurahkan dan diterbitkan dalam final year projek
macam biasa,
aku tidur awal ( sekejap guna saya, sekejap guna aku....... jangan marah ea....)
aku kalau x cukup tidur, pasti otak jem n jadi blur
maka, ak tidur la awal
nak jadikan cerita, masa nak present, wire bateri untuk projek aku telah putus
nasib baik aku bawa solder iron
terus je solder dalam lab tu
orang lain ngah present, aku singsing lengan kemeja purple ak,
terus je solder
lecturer tegur aku,
"amboi siap solder ag,"
hahahahhaha
aku dah x kisah dah hilang macho ke apa,
janji project aku jadi
hahahahah
Alhamdulillah
Presentation going smooth
ni sume berkat doa mak, abah n fmly ak
also doa kwn2 aku
:)

Friday, 23 May 2014

INOTEK

21/05/14
hari Rabu.
aku ada INOTEK.
apa itu inotek?
inotek adalah pertandingan innovation and technology.
pertandingan ini untuk final year.
seramai 367 pelajar menyertai inotek.
masing2 mempersembahkan yang terbaik.
juri terdiri dari 2orang.
seorang juri dari lecturer fakulti sendiri manakala seorang lagi dari lecturer fakulti lain atau lecture poli.
Alhamdulillah.
aku menang silver.
aku x sangka.
Alhamdulillah.
Tq Allah.
akhirnya berbaloi penat dan stress dgn FYP selama ini.
Anugerah ini sedikit sebanyak sebagai penghargaan terhadap penat lelah student wat FYP.